ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek larikan Honda City berjaya dicekup

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu di Kuantan kelmarin, berjaya ditahan di Bentong, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu yang mengesahkan penahanan itu, berkata kereta yang dicuri itu juga turut ditemui.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Ya, suspek sudah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui,” katanya melalui mesej tanpa mendedahkan butiran lanjut mengenai penahanan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Bentong pada 12 tengah hari ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dalam kejadian 3.10 petang kelmarin, warga emas berusia 68 tahun bersama suami, 77 dan anak perempuan yang juga pemilik kereta, 38 yang menaiki kereta singgah di stesen minyak.

Sebaik anak perempuan keluar dari kereta, suspek masuk dan melarikan kenderaan itu ketika warga emas berada di tempat duduk penumpang hadapan. Ketika itu, suami warga emas itu berada di tandas di stesen minyak itu.

Mangsa ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak itu tanpa kecederaan manakala suspek terbabit terus melarikan kereta berkenaan. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kecil kredit Buletin TV3

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply