ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek pecah cermin kereta ditahan polis

Berita Tempatan

Views

Polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang memecahkan cermin sebuah kereta dinaiki seorang wanita di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang petang semalam. Video kejadian berdurasi 3 minit itu tular di laman sosial dan telah berjaya dirakam oleh dashcam pemilik kereta Perodua Axia tersebut yang merupakan seorang pembantu kedai kek berusia 22 tahun.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Dalam rakaman itu, dua lelaki dilihat sedang menunggang dua motosikal sambil berbual di depan kenderaan dipandu mangsa pada jam 5.50 petang. Mangsa kemudian memotong kedua-dua motosikal terbabit dan sambil membunyikan hon.

Berang akibat dihon, kedua-dua motosikal itu mengekori kereta tersebut dan motosikal suspek berhenti secara mengejut di depan kereta mangsa. Bahagian belakang motosikal milik suspek telah dilanggar sedikit kerana dan lelaki itu terus meluru ke arah kereta tersebut lalu menghentak cerminnya dengan topi keledar.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Menurut Astro Awani, suspek yang berusia 30an dan bekerja sebagai pembantu stor telah pun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, jam 3 petang tadi. Menurut Ketua Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, suspek ditahan di tempat kerjanya sebuah kilang di Balakong.

Pihak polis turut merampas sebuah motosikal dan topi keledar yang digunakan semasa kejadian, manakala reman akan dipohon di bawah Seksyen 117 di Mahkamah Petaling Jaya. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

Nampak gayanya beraya dalam lokap la brader ni, semoga ia menjadi iktibar kepada pengguna jalan raya yang lain. Bulan puasa ni kena sabar lebih la yer!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply