ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek pukul warga emas di Shell Tol Duta telah ditahan, ada satu rekod jenayah dadah

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang lelaki memukul warga emas dengan menggunakan topi keledar di sebuah stesen minyak di Jalan Duta akhirnya terbalas apabila dia ditahan polis semalam.

Menurut K! ONLINE, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dan bekerja sebagai pemandu peribadi.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dadah berbahaya pada tahun 2010 dan masih dikehendaki polis bersabit kes tersebut namun ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia negatif dadah.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Susulan penahanan suspek, pihak polis turut bertindak merampas pakaian yang dipakai ketika kejadian, sebuah motosikal jenis Modenas Kriss MR3 dan sebuah topi keledar.

Menurut Amihizam, suspek mendakwa, kereta dipandu mangsa telah masuk ke petak pam minyak di mana dia hendak mengisi minyak motosikalnya mengakibatkan suspek tidak berpuas hati lalu bertindak memukul kepala lelaki berusia 64 tahun itu menggunakan topi keledar.

Mangsa telah menerima rawatan di hospital serta dibenarkan keluar wad hari ini dan keterangan lanjut mangsa akan dirakam apabila dia telah benar-benar pulih dan bersedia memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Suspek kini direman sehingga 16 November ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Tambah Amihizam, saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut turut diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan.

Terdahulu, satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tular di laman sosial Facebook memaparkan tindakan seorang lelaki bertindak kasar menghayunkan topi keledar ke arah kepala seorang lelaki mengakibatkan mangsa rebah di sebuah stesen minyak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply