ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUV kompak Toyota/Daihatsu bakal dilancar November nanti – Mungkinkah ia calon pengganti Perodua Kembara?

Berita Global

Views

Ingat lagi tak artikel spekulasi kami hujung tahun lalu? Mungkin berita dari laman sesawang ini memberi petunjuk baharu mengenai bakal SUV kompak baharu Perodua. Menurut laman sesawang itu, Toyota kini sedang mempersiapkan sebuah SUV kompak yang bakal membuat penampilan global pertamanya pada bulan November nanti.

SUV yang akan dibina oleh Daihatsu ini adalah versi produksi model konsep Daihatsu DN-Trec pada 2017 dan ia dijangka bakal menggantikan Toyota Rush di beberapa pasaran tertentu. Versi produksi ini akan mengekalkan dimensi yang sama dengan model konsep (3.98 meter) dan ini membolehkannya berada dalam kelas yang sama dengan Tata Nexon, Mahindra XUV300 dan Hyundai Venue.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Perbincangan kini sedang dibuat untuk menjadikan SUV kompak itu “model global baharu” Toyota Rush dan dipasarkan di lebih banyak negara berbanding model sebelumnya. Ia dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan dikuasakan oleh enjin petrol 1.0-liter tiga silinder.

SUV yang masih belum mempunyai nama ini akan mempunyai pilihan pacuan dua atau empat roda, akan turut berentap dengan Suzuki Jimny di beberapa pasaran antarabangsa.  Sebelum ini ada desas-desus mengatakan Perodua sedang membangunkan sebuah SUV kompak untuk pasaran Malaysia dan mungkin model ini menjadi petunjuk kepadanya.

JOM BACA >> INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat

Model X-Concept yang telah dipertontonkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) hujung tahun lalu mungkin memberi bayangan awal kepada model tersebut memandangkan ia mempunyai penggayaan ala crossover. Model X-Concept mungkin juga memberi gambaran awal kepada model pengganti Axia, dan kami rasa Perodua sudah menghidu ‘lubuk’ dalam kategori SUV kompak segmen A memandangkan hanya Haval H1 sahaja yang ada ketika ini.

Pesaing Perodua, Proton bakal memperkenalkan sebuah SUV kompak, iaitu X50 yang akan bermain dalam kategori lebih premium dan bakal bersaing dengan model lebih besar seperti Honda HR-V dan Perodua Aruz. Jika desas-desus ini benar, sudah pasti ia memberi kelebihan kepada Perodua untuk mengekalkan takhta mereka dalam Jumlah Jualan Industri (TIV) untuk tahun-tahun berikutnya jika tanda harga SUV itu nanti berada di bawah RM60K.

Kami sebenarnya tak sabar nak menanti kehadiran pengganti Kembara yang baharu, mungkin anda juga ternanti-nanti kehadirannya juga kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Daihatsu DN Trec Concept 2017

Perodua X-Concept

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply