ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki bakal kembali! Swift dan Jimny bakal dilancarkan April ini

Berita Tempatan

Views

Nampaknya Suzuki bakal kembali semula ke Malaysia setelah menutup operasinya di Malaysia pada 2016 selepas pelan rasionalisasi mereka bersama Proton Holdings Bhd dan DRB-Hicom Bhd, yang melahirkan model Ertiga. Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan jenama tersebut bakal membuat kemunculan semula dengan Berjaya Group, dan Kumpulan NAZA.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Perkembangan terkini di portal rakan media DSF.my melaporkan, Suzuki dikhabarkan bakal ‘membuka kedai’ dalam tempoh sebulan lagi. Persoalannya kini, siapa yang bakal menjadi pemilik jenama tersebut di Malaysia? Difahamkan Kumpulan NAZA ‘sedang bersiap siaga’ untuk menghidupkan semula jenama Jepun itu di negara ini.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Dalam masa beberapa minggu lagi ‘kelahiran semula’ Suzuki di Malaysia bakal bermula dengan model SUV kompak Jimny generasi baharu. Generasi keempat ini merupakan model Jimny paling sempurna pernah dihasilkan dan tanda harganya juga dikatakan ‘agak keras’, dianggarkan pada RM195,888.00.

Sebuah lagi model turut diperkenalkan adalah Swift Sport yang akan diimport sepenuhnya dari Jepun (tiada model buatan India akan dilancarkan). Model hot-hatch dijana oleh enjin 1.2 liter dan hibrid ini  tampil dengan gaya reka bentuk yang lebih bergaya serta ruang kabin dan bagasi yang lebih besar. Harga jualan model ini dianggarkan pada RM135,888.00.

Nantikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply