ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki dan Proton jalin kerjasama!

Views

ART_1947_resize

  • Produk kerjasama Proton dan Suzuki dijangka keluar Ogos 2016
  • Suzuki Malaysia Automobil mungkin ditutup

Proton Holdings Berhad membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama dengan syarikat automotif Jepun Suzuki petang semalam. Proton, DRB Hicom dan Suzuki Motor Corporation menandatangani satu Memorandum Persefahaman manakala satu Perjanjian Perlesenan telah ditandatangani oleh Proton dan Suzuki.

Kami difahamkan bahawa Memorandum Persefahaman tersebut melakarkan rangka kerjasama yang luas dan merangkumi perkongsian teknologi, platform dan berkemungkinan melibatkan pertukaran ekuiti antara dua syarikat tersebut.

Proton to learn compact car technology from Suzuki

Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa skop kerjasama tersebut adalah luas tetapi ianya masih lagi dihalusi oleh dua dua pihak dan Proton berasa gembira dapat menjalin usahasama dengan sebuah syarikat automotif yang cilik tetapi disegani kerana kepakaran mereka dalam segment kenderaan kompak. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Harith Abdullah berkata hasil pertama dari kolaborasi tersebut akan direalisasikan dalam tempoh 16 bulan  dari sekarang.

Proton Suzuki first joint product 2016

Maybe JV maybe share swap between Proton and Suzuki

Hasil Pertama tahun depan

print screen web suzuki

Dalam laman webnya Suzuki Motor Corporation menyatakan bahawa langkah pertama dalam kerjasama tersebut ialah membekalkan pek CKD untuk dipasang oleh Proton dan dipasarkan dibawah jenama Malaysia tersebut.

Model pertama ialah sebuah kereta kompak yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Ogos tahun depan. Ada pemerhati industri yang menjangka produk pertama ini ialah model popular Suzuki Swift yang diubahsuai dan ianya dijangka dapat bersaing sengit dalam segmen kereta kompak sekiranya harga jualan menarik.

Walaubagaimanapun kedua dua pihak agak berhati-hati dalam menjawab soalan media mengenai perkara tersebut. Ketika sidang akhbar, Osamu Suzuki menyatakan bahawa syarikat kerjasama Suzuki dan DRB-HIcom, Suzuki Malaysia Automobiles Sdn Bhd akan dirasionalisasikan apabila projek kerjasama dengan Proton mula mengorak langkah.

Suzuki Malaysia to be rationalised

Video kenyataan Osamu Suzuki

Kenyataan pendek ini mungkin pembayang paling jelas skop kerjasama antara dua syarikat kereta ini. Dalam bahasa korporat rasionalisasi selalunya bermakna pengecilan atau penutupan, oleh itu kenyataan Suzuki ini mungkin bermakna operasi Suzuki Malaysia Automobil akan mengecil ataupun terus ditutup apabila perkongsian teknologi dan model dengan Proton mula membuahkan hasil.

Tun Dr Mahathir will make it happen

Sebelum ini Proton telah menandatangani MoU dengan beberapa syarikat lain termasuk Perodua, Volkswagen, Mitsubishi dan juga Nissan namun ianya tidak membuahkan hasil ataupun tidak kekal lama. Dr Mahathir ditanya apa yang membuatkannya yakin kerjasama kali ini akan membuahkan hasil dan dia menjawab selamba; “Sekarang saya adalah Pengerusi Eksekutif, jadi saya akan pastikan ianya berjaya”.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

31 Comments


  • Tak mungkin Suzuki Swift. Proton sudah ada Iriz. Lebih kurang sama dengan dengan Swift. Lebih baik guna platform Suzuki Alto atau mana-mana Kei Car Suzuki Jepun untuk develop Segmen A yang Proton belum ada kereta dalam segmen tu.


    • Setuju!
      Adalah lebih baik Proton tumpukan pada segmen A dengan rebadge Suzuki Alto atau lebih baik lagi rebadge mana-mana model K-Car Suzuki di Jepun yang tidak dipasarkan di pasaran Malaysia.


    • Proton mungkin besar akan pasang model Alto (generasi ke-8) sebab model yang sama juga telah di’rebadge oleh Mazda menjadi model Carol. Model Alto/Carol juga berenjin 660cc seperti cakap Tun M. Saiz Alto pun sama dengan Perodua Axia (Daihatsu Ayla/Toyota Ayga). Tak mungkin Proton akan pasang model Spacia atau Wagon-R, sebab rakyat Malaysia (khususnya pemandu lelaki) kurang gemar dengan bentuk mini-van. Jadi, saya berpendapat/hampir pasti model Suzuki Alto akan dipasang CKD & di rebadge oleh Proton untuk bersaing dalam kelas kereta kecil.


  • think positively….kemasukan model suzuki ke dalam proton amat bersesuaian dgn kehendak org Mesia yg sukakan barang jepun n proven technology..slama nie suzuki terlampau mahal di mesia…jadi x perlulah head rnd proton lepas nie nak buat iview konon2 mcm dia la yg design model2 tu…ekekeke


    • Jika anda berfikiran terlebih positif, Suzuki akan rebadge model-model proton dengan penambahbaikan teknologi Jepun dan akan dijual ke seluruh dunia.. Tetapi tidak bermakna Suzuki tidak memerlukan head RnD syarikatnya.. Begitu juga dengan Proton..


    • proton kata tak buat rebadge “dlm masa terdekat” 18 bulan lagi tu mungkin dah tak dianggap masa terdekat… nway… ok aje..

      i think this is a good collaboration for both companies. looking for the bright future for both parties.. adduh.. speaking pulak..


    • Suzuki G70 (The Regina) concept car better than Alto.. weight of 730 kilograms (1,610 lb), the G70 is smaller and lighter than the Alto.. Direct-injection turbo gasoline engine mated to a continuously variable transmission, and a claimed fuel mileage of 3.1 litres per 100 kilometres..


  • Baguslah mcmni. Klo nk hrpkan develop from scracth mmg mkn masa. Kna belajar dr org lama br br boleh pandai. Tp jgn buat mcm masa jv ngn mitsu dlu, trlalu eager nk buat kereta sndri.
    Lagipun budaya inovasi kt org kita ni blum lg subur mcm org jepun. Tgk saja dashboard myvi ngn iris, design iris masih lg nk tiru conti, tp myvi ada design sndiri wlpun plastic keras tp ada seni dia. Harap proton bleh maju lepas ni, engineer proton bkn x bagus tp kna blajar dr engineer yang otai2 kt suzuki.


    • Rupa bentuk dashboard Iriz tak dak masalah cuma krik krik ja.

      Proton tolong pastikan kedudukan suis lampu dan wiper. Jangan tersalah letak lagik ya. Dah 12 tahun dah tersalah letak tuhh. Gear dan signal kekadang akan digunakan secara serentak berbanding lampu cuma sesekali ja guna. Jadi agak tak best kalau dua dua function ini digunakan oleh tangan yang sama.


  • aku dari dulu sokong proton rebadge. tapi ada geng2 yang suka proton buat sendiri kononnya hasil anak tempatan. pastu kualiti tak seperti yang diharapkan. kalau nak buat keta sendiri okay, tapi pada masa yang sama rebadge jangan dilupakan. rebadge je bmw, mercedes, lepastu jual kat malaysia murah2. gogo.


  • Suzuki mahir dalam kereta saiz kompak.. Suzuki swift nampak macam mustahil sebab proton dah ada Iriz.. model yg saya nampak akan lahir 16 bulan lagi adalah Suzuki Celerio.. saiz enjin dan kereta memang tak jauh dari Axia (segmen A)

    dari beberapa sudut, pakej yg ada pada celerion mungkin lebih baik drp Axia.. cthnya fuel consumption

    proton perlu ambil langkah ini untuk terus bernyawa.. perodua akan lahirkan sedan pertamanya tahun hadapan (yang mana akan memberi saingan sengit kepada model Saga)


  • saya lebih suka kalau model yg akan lahir hasil drp kerjasama ini adalah model yg lebih besar drp Suzuki Alto.. Suzuki Alto mungkin boleh bersaing dgn Viva, tapi bukan Axia

    Axia ada pakej yg agak lengkap, enjin cc kecil, body yg ringan, ruang dalaman yg agak luas. bukti memang jelas, jualan Axia lebih baik berbanding jualan Viva


  • This is good news. I perform a doa to the collaboration and people involved in the JV will benefit both company. Wishing them all the best to the JV, may GOD materialized all their effort and hardworking into successful future ahead.

    Dear GOD all merciful, here we perform doa to You, so that this JV will materialize, smooth journey and people involved in the JV will be stronger and become best in their expertise as well as Oh GOD…. show the sinner and gossiper hidayah and the straight path with Your consent, give them betterment in their live of every people involve in the transition.

    Hoping to see new model came out as in mid 2016. Good move.


  • Sebenarnya tumpuan proton adalah untuk tembus pasaran india. I did notice that Suzuki maruti market shared is almost half half (49.5%).
    Selepas buka Web Suzuki japan, did impress with its engine tech. PLUS all new car has an AEB.


  • Firsly, hopefully joint venture kali ni berjaya dari sebelum….GO GO GO PROTON.

    Rasanya Suzuki atau Mazda atau Jenama Jepun lain yang tak popular/sales tak berapa bagus di Malaysia adalah pilihan terbaik berbanding Honda/Toyota/Nissan yang mungkin jual mahal sebab ada jualan yang banyak di Malaysia dan mungkin tak pandang Proton ni. Jenama Europe pun boleh tapi mungkin enjin nya ada masalah sebab berlainan cuaca dan maintenance tinggi

    Cadangan untuk Proton rebadge kereta adalah kereta yang tak pernah masuk Malaysia lagi…..Proton boleh juga amik enijn suzuki sahaja pakai kat kereta Proton kalau suzuki bagi……….Bagi saya, Proton memang memerlukan Suzuki untuk bersaing terutamanya dari segi enjin jimat minyak.

    Proton boleh juga joint venture platform untuk kereta Asean ataupun Malaysia. Mungkin Proton boleh amik part dari suzuki yang berkualiti dan bawa ke Proton. ataupun develop part berkualiti dengan vendor jepun. Tengok kelebihan suzuki pada reliability enjin dan barang2 nya (sebab originality barang atau design tu dari jepun yang mengawal kualiti). Another things untuk export – mungkin boleh classify negara mana yang Proton nak jual dan negara mana yang suzuki nak jual (Cadangan untuk Proton adalah Negara Asean)

    Enjin Suzuki yang boleh amik untuk jimat minyak: 20 – 30 km/liter berbanding Proton 14-18 km/litre (Axia dan Mirage 21 km/liter)

    Kelebihan suzuki ni partner dengan Proton adalah Suzuki boleh gunakan Proton untuk masukkan model2 baru dan jual dengan harga yang murah…….Suzuki boleh kurangkan kos buat platform untuk Malaysia dan kereta Asean, dan boleh mengenal pasti market requirement untuk Malaysia, dan mungkin boleh joint venture pusat servis di sesetengah negara Asean. Suzuki boleh juga gunakan Proton untuk re-styling modelnya following latest trend (Korea, Europe or Honda Style) yang ada di Jepun sebab rasanya model yang paling cantik skrg ni untuk suzuki adalah SX4, Swift dan Ciaz.

    Model suzuki Malaysia: SX4, Alto, Swift, Grand Vitara
    http://www.suzuki.net.my/

    Model suzuki Japan: Celerio, Splash, Swift, SX4, Vitara, Ciaz, Kazashi, Jimny, Ertiga, APV
    http://www.globalsuzuki.com/automobile/

    Model suzuki India: Alto, Wagon R, Celerio, Stingray, Ritz, Swift,Dzire (Swift Sedan), Ertiga, Omni, Eeco, Gypsy, Grand Vitara, Ciaz

    Cadangan untuk amik model yang tak pernah masuk Malaysia kalau boleh.

    Hopefully Proton berjaya naikkan sales semula dan bersaing sama dengan Perodua dari segi jualan dan seterusnya membantu suzuki untuk memperkembangkan jualan nya di Asean.

    Thanks

Leave a Reply