ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Gixxer bakal tiba di Malaysia?

Berita Tempatan

Views

Suzuki Malaysia sejak mengumumkan mereka kembali ke pasaran negara ini memang betul-betul ‘pulun habis’ bak kata orang Kedah. Selepas menyiarkan iklan acah model pertama GSX-R, mereka terus memainkan perasaan warganet dengan iklan acah Belang Fi 150 minggu lepas.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Semalam sekali lagi mengusik warganet dengan iklan acah terbaharu Suzuki Gixxer. Jentera dua roda ini didatangkan dalam dua versi, sportbike dan naked dengan dua pilihan sesaran enjin 150cc dan 250cc.

Menurut maklumat dari rakan media kami di MotoMalaya.net, Gixxer 150 menawarkan enjin 155cc silinder tunggal dengan penyejukkan udara yang menghasilkan 13 kuasa kuda pada 8,000rpm dan 13.8Nm daya kilas pada 6,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 5-kelajuan.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Gixxer 250 pula mampu menghasilkan 26 kuasa kuda pada 9,300rpm dan 22.2Nm daya kilas pada 7,300rpm dari enjin 249cc silinder tunggal dengan penyejukan minyak. Enjin ini digandingkan bersama dengan kotak gear pula menawarkan transmisi 6-kelajuan.

Kedua-dua versi ini menawarkan spesifikasi sama termasuk fork teleskopik, paparan digital, lampu depan dan belakang jenis LED. Hingga setakat ini Suzuki Malaysia masih belum membuka mulut mengenai versi yang akan ditawarkan di sini nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply