Suzuki Malaysia secara rasminya melancarkan motosikal crossover-tourer Suzuki GSX-S1000GX ke pasaran tempatan setelah membuat kemunculan di Malaysia Autoshow 2024 pada Mei lalu dan Suzuki Monsoon Getaway 2024, di Port Dickson baru-baru ini.
Suzuki GSX-S1000GX kini boleh didapati di semua pengedar Suzuki Big Bike World di seluruh Malaysia dan dijual pada harga RM89,900 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan, dan insurans).
Model yang diiktiraf sebagai ‘The Supreme Sport Crossover‘ di peringkat global itu didatangkan dalam dua pilihan warna eksklusif iaitu, Metallic Triton Blue (YSF) dan Glass Sparkle Black (YVB).
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Dari segi dimensi, GSX-S1000GX berukuran 2,150 mm panjang, 925 mm lebar, 1,350 mm tinggi dan 1,470 mm jarak roda. Ketinggian pelana tempat duduknya pula berukuran 845 mm, manakala beratnya adalah 232 kg.
Motosikal ini dipacu oleh enjin 4-silinder 999cc K5, sama seperti GSX-S1000 yang menghamburkan 152 kuasa kuda dan 106 Nm daya kilas.
Apa yang menarik, GSX-S1000GX merupakan model pertama Suzuki yang hadir dengan suspensi elektronik, Suzuki Advanced Electronic Suspension (SAES).
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Suzuki Road Active Stablization (SRAS) dan Suzuki Floating Ride Control (SFRC), termasuk ‘quickshifter‘ yang didatangkan secara standard.
Bukan itu sahaja, GSX-S1000GX turut didatangkan dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) yang merangkumi:
- Suzuki Drive Mode Selector Alpha
- Ride-by-wire
- Quickshifter
- Smart Cruise Control
- Motion Track Brake System
- Slope Dependent Control System
- Suzuki Easy Start
- Low RPM assist
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI