ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Jimny bakal dilancarkan Ogos ini – Swift varian biasa dijangka tiba tahun depan

Berita Tempatan

Views

NAZA Automotive Group akan membawa masuk model ikonik Suzuki Jimny ke pasaran Malaysia pada Ogos ini, model keduanya selepas pelancaran Swift Sport bulan lalu. Berita Harian melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan, mengesahkan model Jimny yang akan dibawa masuk nanti ialah daripada varian paling premium dan ‘high end‘.

Kata beliau, Jimny ialah jenama ikonik dunia, malah pihaknya sudah menerima hampir 20 tempahan daripada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan model ini, biarpun belum mengumumkan apa-apa lagi berita mengenainya.

Pihaknya juga tidak menolak bayaran tempahan daripada pelanggan biarpun belum mempunyai kata putus mengenai bila model ini akan dibawa masuk pada awalnya, tetapi kini beliau mengesahkan Jimny akan dibawa masuk ke sini secara diimport sepenuhnya (CBU) dari kilang di Jepun.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Malah, nisbah tempahan yang telah diterima di antara Jimny dan Swift Sport ialah 3:1, menunjukkan model ini menjadi pilihan ramai pelanggan di sini. NAZA Automotive menerusi Naza Eastern Motors Sdn Bhd awal bulan lalu mengumumkan pelantikannya sebagai pengedar dan penyedia perkhidmatan selepas jualan Suzuki.

Susulan itu, ia turut mengumumkan pembukaan pusat pameran, perkhidmatan dan alat ganti (3S) Suzuki yang pertama berkeluasan 3,000 kaki persegi di Naza Automall, Petaling Jaya. Syarikat itu kemudian melancarkan model pertama Suzuki untuk pasaran tempatan iaitu Suzuki Swift Sport pada 10 April lalu.

Ditanya mengapa Naza memilih untuk membawa masuk model Swift Sport yang harganya agak tinggi untuk pasaran massa tempatan, Nik Hamdam berkata, keputusan itu dibuat selepas melakukan kajian agak lama bersama Suzuki mengenai pasaran Malaysia.

Jelasnya, Swift Sport adalah dalam segmen kompak hot hatch yang boleh dikatakan tiada pesaing di Malaysia. Sebelum ini, terdapat model seperti Peugeot 208 GTi, Volkswagen Scirocco, Renault Clio Sport, namun kini semuanya sudah tiada dalam pasaran Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Oleh itu, pihaknya merasakan terdapat ruang kosong dalam segmen ini yang masih tidak terisi. Selain itu, jika ada model paling hampir dengan Swift Sport ialah Mini Cooper, namun harganya adalah sekali ganda. Maka, pihaknya merasakan ia adalah waktu yang sesuai untuk membawa masuk model ini ke dalam segmen yang dilihat sudah dilupakan di Malaysia.

Ditanya sama ada Naza akan membawa masuk model Suzuki Swift daripada varian biasa, Nik Hamdam berkata, ia termasuk dalam perancangan dan menyasarkan untuk melakukannya tahun depan. Pihaknya bercadang mengimport model tersebut dari Thailand kerana kilang Suzuki di sana ada mengeluarkan model Swift yang biasa khusus untuk pasaran massa.

Perkara ini sedang dikaji dan dibincangkan dengan syarikat Suzuki untuk direalisasikan nanti. Dalam pada itu, Nik Hamdam berkata, syarikat turut merancang menambah lebih banyak rangkaian pengedaran Suzuki di beberapa bandar utama seperti Johor Bahru, Kuantan, Pulau Pinang, Melaka dan juga tambahan satu atau dua lagi cawangan pengedar di Lembah Klang.

Jelas beliau, ini bagi memberikan lebih ramai pelanggan peluang menguji pandu dan servis kereta Suzuki. Tambah beliau lagi, rancangan pengembangan rangkaian pengedar ini akan dibuat pada suku ketiga atau keempat tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply