Suzuki Malaysia Sdn. Bhd., dengan kerjasama Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), hari ini melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya AMI-Suzuki 2025 di Dataran Ilmu, Stadium Selayang.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah bersama barisan tetamu kehormat.
Kempen bertemakan “Kongsi Jalanraya, Tunggang Berhemah” pada tahun 2025 ini dianjurkan buat kali ke-2 oleh Suzuki Malaysia dan kali ke-8 oleh AFY Mobility Industries (AMI).
Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan penunggang motosikal, pemandu kenderaan, dan masyarakat umum.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Kempen ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung, termasuklah:
- Pemeriksaan motosikal percuma ’16-point check‘ oleh mekanik bertauliah Suzuki Malaysia.
- Penukaran 400 unit topi keledar baharu kepada penunggang motosikal.
- Pemberian topi keledar kanak-kanak sebagai simbolik langkah perlindungan penumpang muda.
- Pameran motosikal dan aksesori keselamatan.
Menurut Datuk Haji Hasbi, statistik terkini daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), merekodkan sebanyak 5,939 kematian daripada 585,729 kes kemalangan yang dilaporkan sehingga November 2024.
Tambahnya, daripada jumlah tersebut, 67 peratus atau 4,014 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, dengan majoritinya terdiri daripada golongan belia berusia 16 hingga 35 tahun.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Beliau turut menegaskan kepentingan memiliki lesen memandu yang sah bagi penunggang motosikal.
Pengarah Urusan Kumpulan Suzuki Malaysia Sdn. Bhd., Datuk Jeffrey Lim dalam ucapannya menekankan komitmen Suzuki Malaysia untuk terus menyokong inisiatif keselamatan jalan raya terutama penunggang motosikal demi kesejahteraan masyarakat.
Kempen Keselamatan Jalan Raya AMI-Suzuki 2025 menyediakan pelbagai aktiviti dan peluang pendidikan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.
Dengan kerjasama semua pihak, kempen ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan dan membentuk budaya jalan raya yang lebih selamat di Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Ministry of Transport Malaysia
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI