ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syarikat e-hailing tiada LPP sah bakal diambil tindakan – MOT

Berita Tempatan

Views

Syarikat pengendali e-hailing yang gagal mematuhi kriteria bagi memperbaharui lesen perniagaan pengantaraan (LPP) seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) akan dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut UTUSAN, Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, sehingga kini, syarikat berkenaan didapati masih gagal memaparkan Permit Kenderaan e-hailing (eVP) pemandu.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Menurutnya, syarikat itu juga gagal untuk membenarkan penumpang mengenal pasti pemandu mereka menerusi aplikasi perkhidmatannya seperti mana yang ditetapkan di bawah Seksyen 12A(8) Akta 715.

Ini adalah satu pelanggaran serius terhadap pematuhan yang diperlukan terhadap keselamatan dan perlindungan penumpang apabila menggunakan mana-mana aplikasi e-hailing.

Oleh yang demikian, syarikat terbabit tidak dibenarkan memperbaharui LPP mereka yang luput pada 14 Julai 2022.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang bertanggungjawab mengeluarkan LPP kepada syarikat e-hailing mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat tersebut pada 18 Ogos 2022.

Jelasnya lagi, individu yang mengendalikan perkhidmatan e-hailing tanpa LPP yang sah boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MOT mengingatkan kepada pemandu yang menggunakan aplikasi sedemikian supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan mana-mana pengendali e-hailing untuk mengelakkan sebarang liabiliti yang tidak diingini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply