ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syarikat pembuat AK-47, Kalashnikov bakal keluarkan EV – Imej paten Izh UV-4 versi pengeluaran terdedah

Berita Global

Views

Bila sebut je nama Kalashnikov, pasti anda teringat pada raifal AK-47 yang sering menjadi teman setia puak Taliban kan?

Tapi kali ini lain pula ceritanya kerana syarikat yang terkenal dengan pembuatan senjata dan peralatan ketenteraan itu kini mula meceburi sektor automotif engan membangunkan kenderaan elektrik (EV)nya sendiri.

Model EV empat-pintu yang dinamakan Kalashnikov Izh UV-4 mula membuat debut sulungnya pada 2018 dalam bentuk prototaip. Namun kini beberapa imej paten mula berlegar di laman maya, sekali gus memberi petunjuk kepada model versi pengeluarannya.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Selain versi empat-pintu, ada satu lagi versi yang lebih kompak dengan tiga roda. Sejarah Kalashnikov dengan EV bermula sejak 2018 apabila syarikat itu mempertontonkan model Electric CV-1 Concept dengan gaya rekaan retro.

Pada masa yang sama, jurucakap syarikat tersebut berkata yang mereka berhasrat untuk bersaing dengan Tesla. Prototaip Izh UV-4 pula kemudiannya menyusul dalam tahun yang sama, dengan varian teksi membuat kemunculan dalam satu acara di Moscow setahun kemudian (2019).

Foto-foto terbaharu ini pula dimuatnaik oleh pejabat paten Rusia dan ia tidak banyak perbezaan dengan versi prototaip Izh UV-4. Sekilas pandang ia mirip Renault Twizy dalam skala lebih besar dengan tayar yang menonjol dan pintu ala kenderaan tentera.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Dari segi dimensi, ia berukuran 3.4 meter panjang, 1.5 meter lebar dan 1.7 meter tinggi. Ia bakal dilengkapi dengan kelengkapan yang sangat asas namun masih mempunyai pendingin hawa, pemanas, kelompok instrumen digital, skrin infohibur dan suspensi boleh laras.

Laporan terdahulu mengatakan, syarikat tersebut mencadangkan output kuasa sehingga 67 kuasa kuda, membolehkannya mencecah halaju tertinggi 80 km/j.

Kereta tersebut mempunyai berat 650 kg. Buat masa ini Kalashnikov tidak mendedahkan kapasiti baterinya, namun pada 2019 mereka berkata ia memadai untuk jarak pemanduan sehingga 150 km. Model tiga roda pula menampilkan gaya reka bentuk yang sama dengan UV-4, namun badan dan jarak antara gandarnya lebih pendek.

Perbezaan paling ketara adalah, versi tiga roda ini hanya mempunyai roda tunggal di bahagian belakang. Buat masa ini Kalashnikov tidak mendedahkan bila EV keluaran mereka ini akan dilancarkan, namun kami tidak terkejut jika mereka membuat kejutan dan melancarkannya dalam tempoh beberapa bulan lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply