ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syed Saddiq cadang pengenalan teksi-motosikal di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu ciapan (tweet) di laman Twitter rasminya semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta pandangan daripada anak muda Malaysia dalam usahanya untuk mempertimbangkan ekonomi ‘ojek‘ (perkhidmatan pengangkutan dua-roda) ke negara ini bagi membantu golongan ‘mat motor’.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Katanya, dalam masa kurang setahun ratusan ribu peluang pekerjaan baharu telah berjaya dicipta di Thailand dan Singapura. Perkhidmatan teksi-motosikal GoJek telah diilhamkan oleh warga Indonesia, Nadiem Makarim dan ia adalah mirip modul perniagaan e-seru (e-hailing) Grab, yang menggunakan aplikasi dalam talian. GoJek kini mempunyai aplikasi pembayaran secara dompet digital yang dikenal Gopay.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Keputusan bancian di laman Twitter beliau setakat ini mendapati majoriti responden bersetuju dengan cadangan tersebut. Setakat ini 49,304 undian telah diperolehi dan 88 peratus daripadanya bersetuju, manakala selebihnya tidak. Ciapan ini juga telah mendapat 3.8K ciapan semula (retweet) dan disukai oleh 1.4K pengguna Twitter.

Sebenarnya di Malaysia, perkhidmatan seumpama ini pernah ditawarkan oleh syarikat tempatan Dego Ride tetapi malangnya ia telah dimansuhkan atas faktor keselamatan. Di era digital, langkah ini dilihat mampu membantu anak muda untuk menjana pendapatan tambahan, namun sebelum ia diluluskan, kerajaan perlu menilai cadangan ini dengan lebih mendalam terlebih dahulu terutama sekali faktor risiko keselamatan kepada penunggang dan pembonceng.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply