Seorang remaja lelaki terlalu ghairah menunggang motosikal dengan aksi Superman sehingga tidak perasan diekori oleh sebuah kereta peronda polis di Kilometer 248, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) berhampiran Plaza Tol Jabor dekat Kemaman, semalam.
KOSMO! ONLINE melaporkan, penunggang motosikal jenis Honda EX5 itu ditahan selepas terjatuh berhampiran Plaza Tol Jabor sewaktu cuba meloloskan diri daripada ditahan polis pada pukul 10.30 pagi.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, aksi suspek melakukan aksi Superman itu diperhatikan anggota kereta peronda Unit Polis Ronda Lebuhraya Zon Timur 4, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.
Remaja berusia 18 tahun dan berasal dari Jengka, Pahang itu juga melakukan aksi zigzag berulangkali sejauh dua kilometer dari Kilometer 248 hingga Kilometer 250, LPT 1. Begitupun, sebaik menyedari kehadiran polis, dia memecut motosikalnya.
Hanyan memberitahu, motosikal jenis Honda EX5 suspek menghala ke Plaza Tol Jabor sebelum membuat pusingan U melawan arus menghala ke arah Kuantan.
Tambahnya, remaja itu kemudiannya membuat pusingan menghala semula ke Plaza Tol Jabor sebelum terbabas dan terjatuh.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI