ARKIB

KATEGORI

Buletin

T-Cross – SUV paling kecil Volkswagen setakat ini

Views

Volkswagen baharu sahaja memperkenalkan SUV kompak global terbaharu mereka, T-Cross secara global secara serentak di tiga lokasi berbeza, Amsterdam, Shanghai, dan São Paulo. Dari depan ia kelihatan seperti Touareg versi lebih kecil kerana bentuk jeriji yang hampir sama. Dari sisi ia mengingatkan kita kepada Tiguan terutama sekali garisan karektornya yang mantap, namun di belakang ia mempunyai keaslian rekaannya yang tersendiri.

Fakta ringkas menarik mengenai Volkswagen T-Cross:

  • SUV kompak ini adalah SUV terkecil dalam keluarga Volkswagen setakat ini.
  • Ia pelantar MQB bersama model hatchback Polo.
  • Ukuran dimensi –  4.11 meter (161.8 inci) panjang dengan 2.56-meter (100.8 inci) jarak roda.
  • Ruang dalaman yang luas dan cukup untuk lima penumpang.
  • Ruang bagasi berkapasiti antara 385 dan 455 liter jika semua tempat duduk digunakan. Jika tidak memadai, hanya perlu rebahkan tempat duduk belakang untuk menambah ruang kargo sehingga 1,281 liter.
  • Papan pemukanya berkongsi dengan Polo, namun sterengnya adalah unit serba baharu yang nampak lebih moden dan kemas.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL lagi, wajah hadapan kini lebih jelas kelihatan

  • Dilengkapi dengan sistem didik hibur dari Volkswagen, pengecas telefon pintar dan empat slot USB.
  • T-Cross mempunyai empat pilihan enjin berpengecas turbo – tiga unit petrol dan satu unit diesel.
  • Enjin 1.0-liter TSI tiga silinder mempunyai dua pilihan – 95 PS (94 hp) dan 115 PS (113 hp).
  • Enjin 1.5 liter TSI empat silindernya pula mampu menjana 150 PS (148 hp) manakala unit 1.6-liter TDI diesel pula boleh menghasilkan 95 PS (94 hp).
  • Kesemua penjana kuasanya menepati piawaian emisi Euro 6d-TEMP yang terkini.
  • Dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan pemandu seperti Bantuan Hadapan dengan Pemantauan Pejalan Kaki dan Sistem Brek Kecemasan Bandar, Bantuan Lorong, Bantuan Mendaki, sistem perlindungan penumpang proaktif dan Pengesanan Titik Buta dengan Amaran Lintasan Belakang secara bersepadu.
  • Turut ditawarkan sebagai pilihan adalah Sistem Amaran Pemandu, kawalan jelajah adaptif automatik dan Bantuan Parkir.

Pengeluaran SUV kompak ini akan bermula di Sepanyol, Amerika Selatan dan China pada hujung tahun ini dan ia hanya akan mula berada di pasaran pada tahun 2019. Adakah Volkswagen Malaysia akan membawa masuk model ini ke pasaran tempatan tahun hadapan? Kami amat berharap ia akan dipasang secara tempatan di Pekan nanti, dan dengan cara itu mungkin boleh menurunkan tanda harganya di bawah paras RM100K. Boleh ke Volkswagen Passenger Cars Malaysia?

Tunggu!

JOM BACA >> INTIP: Geely Boyue pemanduan sebelah kanan dan Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply