ARKIB

KATEGORI

Buletin

Taasub sangat dengan Batman, pelajar kolej sanggup bikin Batmobilenya sendiri

Tular

Views
College student builds functional Batmobile | VnExpress International

Manusia ni macam-macam ragam. Ada terlampau taasub dengan sesuatu, sebagai contoh dengan watak adiwira dalam komik atau filem hingga sanggup membuat apa sahaja demi minatnya itu. Disebabkan terlalu obses terhadap kehebatan karakter Batman, Harian Metro melaporkan, seorang pelajar kolej di Vietnam menghasilkan sendiri kenderaan digunakan dalam filem adiwira itu.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

Oddity Central melaporkan, Nguyen Dac Chung, 23, merealisasikan impiannya memiliki Batmobile Tumbler, kenderaan Batman dalam The Dark Knight dengan mereka bentuknya sendiri bermula tahun lalu. Penuntut seni bina dari Hanoi itu menghabiskan 10 bulan serta menggunakan lebih AS$21,700 (RM89,707) wangnya sendiri untuk melengkapkan projek tersebut.

Kenderaan itu dikuasakan dengan enjin empat silinder 400cc yang mampu mencecah kelajuan sehingga 100 kilometer sejam. Pemuda itu mengakui masih perlu bekerja keras untuk reka bentuk dalaman kenderaan itu terutama bahagian lampu.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Katanya, dia menggunakan komponen dan bahan material dari Vietnam termasuk yang diimport dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan dalam penghasilan itu. Tayarnya sahaja, hanya boleh didapati dari luar negara. Akhirnya, penat lelah pemuda itu membuahkan hasil apabila projek berkenaan hampir 90 peratus siap.

Hasil kerjanya itu juga mendapat perhatian ramai di sekitar Hanoi dan mendapat liputan meluas media tempatan. Da chung juga adalah seorang usahawan yang mengendalikan sendiri syarikat produksi cosplay. Ia memberikan kelebihan kepadanya untuk menggunakan duit poket sendiri bagi menghasilkan projek Tumbler itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Vnexpress

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply