ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tahukah anda : Di bandar Crayon Shin Chan ada satu fasiliti pengurusan banjir terbesar di dunia?

Info

Views
Metropolitan Area Outer Underground Discharge Channel

Jika di Malaysia, kita berbangga dengan sistem pengurusan banjir yang dikenali dengan Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) yang mempunyai dwi fungsi iaitu sebagai jalan raya dan juga terowong alih banjir, di Jepun pula ada satu sistem yang hampir sama, tetapi ia bersakala jauh lebih besar.

Metropolitan Area Outer Underground Discharge Channel (MAOUDC) yang terletak di Kasukabe, Saitama ini dikatakan fasiliti alih banjir bawah tanah yang terbesar di dunia. Bila sebut nama Kasukabe dan Saitama, pasti anda akan teringat pada dua siri anime Jepun yang popular, Crayon Shin Chan dan One Punch Man kan?

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Sebenarnya inilah salah satu cara orang Jepun mempromosikan sesuatu budaya, makanan atau tempat di negara mereka dalam bentuk animasi. Ok, kita berbalik kepada cerita asal. Fasiliti ini dibina untuk mengurangkan limpahan sistem perparitan dan sungai utama di bandar semasa musim hujan dan taufan. Lokasinya terletak di antara Showa di Tokyo dan Kasukabe di Saitama.

Kerja-kerja pembinaan projek ini bermula pada 1992 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2006. Ia mempunyai lima buah silo konkrit bersakala mega berukuran 65 meter tinggi dan diameternya pula berukuran 32 meter. Ia dihubungkan dengan terowong sepanjang 6.4 km yang berada 50 meter di bawah tanah dan tangki air besar dengan ketinggian 25.4 meter dan panjang 177 meter.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Lebarnya pula berukuran 78 meter dan mempunyai 59 tiang raksasa yang disambungkan kepada 78 unit pam berkuasa 13,000 kuasa kuda yang mampu mengepam sebanyak 200 ton air ke Sungai Endo (bukan Edo Tensei) setiap saat! Bayangkan betapa cepatnya sistem ini mengalihkan air yang sebegitu banyak ke sungai berhampiran demi memastikan bandar raya Tokyo tidak tenggelam.

Dikatakan, sistem ini telah teruji sebanyak 7 kali dan telah berjaya menyelamatkan wang rakyat Jepun sebanyak RM5.8 bilion untuk kos pembersihan. Struktur mega ini turut dijadikan sebagai “Ryukyukan” atau Muzium Explorasi Bawah Tanah untuk tarikan pelancong dengan bayaran sebanyak 3.000 Yen (RM118) seorang untuk satu sesi selama 50 minit.

Selain itu fasiliti ini pernah beberapa kali dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem dan program TV untuk babak-babak mistik. Pada 2006, Land Rover pernah menggunakannya sebagai lokasi penggambaran iklan komersial dan bahan cetakan, selain menjadi lokasi penggambaran filem The Hunger Games: Mockingjay – Part 2.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat penggantiVolkswagen

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply