ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Tajaan Petronas untuk pasukan SRT tamat hujung musim ini

Sukan Permotoran

Views

Sepang International Circuit (SIC) dan Petronas telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kerjasama selaku penaja utama (title sponsor) Petronas Sepang Racing Team pada hujung musim MotoGP 2021.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut rakan media di MotoMalaya.net, perkara itu disahkan menerusi siaran media yang dikongsikan hari ini. Petronas telah menjadi penaja utama SIC sejak 2018, menerusi Petronas Sprinta Racing di Moto2 dan Moto3 sebelum projek tersebut dikembangkan ke MotoGP menerusi Petronas Yamaha Sepang Racing Team.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, menghormati keputusan Petronas yang tidak menyambung tajaan menjelang musim 2022. Katanya, SIC mengucapkan terima kasih kepada Petronas atas sokongan mereka selama kerjasama ini berlangsung.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambah beliau, pihaknya amat menghormati keputusan mereka dan bersetuju bahawa kerjasama ini telah pun mencapai objektifnya. Namun beliau percaya ini bukan kolaborasi terakhir antara kedua-dua entiti ini dalam sukan permotoran dan pihaknya akan meneruskan usaha dalam mencari bakat baharu.

Sementara itu, SIC memaklumkan bahawa SRT akan meneruskan saingan di MotoGP bermula 2022 dibawah entiti baharu dengan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat, termasuk mengenai pembubaran pasukan di Moto2 dan Moto3.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply