ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Tak ada lesen besar’ untuk mana-mana parti ubahsuai kenderaan untuk kempen PRU15 – JPJ

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana parti politik yang melakukan modifikasi kenderaan untuk tujuan berkempen sempena Uba ke-15 (PRU15).

Berita Harian melaporkan, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata sekiranya ada kenderaan didapati tidak menepati spesifikasi seperti ditetapkan Agensi Perkhidmatan Awam Darat sebagai kenderaan komersial, ia boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) iaitu salah guna permit dan melakukan modifikasi kenderaan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Katanya, tidak ada lesen besar untuk mana-mana parti untuk membuat pengubahsuaian pada kenderaan mereka pada musim PRU ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan Op Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Zailani berkata, JPJ menjangkakan kenaikan aliran trafik menjelang hari pengundian pada 19 November dan menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Beliau memaklumkan, bagi tempoh Januari hingga September 2022, sebanyak 402,626 kes kemalangan jalan raya direkodkan membabitkan 4,379 kematian berbanding 255,532 kes kemalangan jalan raya dengan 3,324 kematian bagi tempoh sama pada 2021.

Tambahnya, perbandingan data 2021 dan 2022 menunjukkan peningkatan nahas jalan raya iaitu sebanyak 147,094 kes kerana tahun lalu negara dilanda pandemik COVID-19 dan tidak banyak kenderaan berada di atas jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply