ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak biasa pandu kereta manual, Ford GT Heritage Edition 2006 baru dibeli harga RM3 juta jahanam langgar pokok

Tular

Views

Seorang lelaki yang baru membeli sebuah supercar berharga AS$704,000 (RM3 juta) terpaksa berputih mata apabila kenderaan itu terlibat dalam kemalangan akibat dirinya yang tidak pandai memandu, lapor laman berita LadBible semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Robert J. Guarini dari negeri Florida, Amerika Syarikat, melanggar pokok ketika memandu kereta Ford GT Heritage Edition 2006 selepas membelinya dalam satu acara lelongan, bulan lalu.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Menurut laporan, kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk. Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia hilang kawalan ketika memandu kereta itu dari kawasan kejiranan rumahnya kerana ‘tidak biasa memandu kereta manual’.

Laporan polis mengenai insiden itu menyatakan bahawa sejurus selepas kemalangan, Guarini menghampiri seorang petugas keselamatan berhampiran dan memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai telefon bimbit.

Dia kemudiannya terpaksa berpatah balik ke rumahnya untuk menghubungi polis dan membiarkan keretanya tanpa pengawasan sesiapa.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Meskipun Guarini memberitahu polis bahawa dia tidak biasa memandu kereta secara manual, tambahnya, ia bukan menjadi satu-satunya penyebab kepada kemalangan itu.

Jelasnya, tayar lama, laluan jalan yang berlumpur dan baru diturap membuatkan kereta itu berpusing dan melanggar sebatang pokok.

Katanya, dia tidak mahu orang berfikir bahawa dirinya memandu pada kelajuan 144 kilometer sejam. Tambahnya, dia hanya memandu pada kelajuan 56 kilometer sejam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit John Peddie

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply