ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak cukup rehat hingga akibatkan kemalangan, Ikmal Amry mohon maaf

Berita Tempatan

Views

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Pelakon Ikmal Amry memohon maaf dan mengakui dirinya merupakan punca berlakunya kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan yang turut melibatkan dua buah kenderaan lain, kelmarin.

Menurut KOSMO! ONLINE, pelakon yang nama sebenarnya Mohd. Zulikmal Amry Ghazali itu memberitahu, dia memandu dalam keadaan kurang rehat ekoran baru selesai menjalani penggambaran sehingga pukul 7 pagi.

Dia kemudian bergegas pulang ke kampung di Melaka untuk menziarahi keluarganya pada sebelah petang. Katanya, pada hari sebelum kejadian dia menjalani penggambaran sehingga pukul 7 pagi dan sudah berjanji untuk pulang menziarahi keluarga.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Tambahnya, dia cuma sempat berehat selama tiga jam dan dalam keadaan kurang rehat, dia gagahkan diri untuk memandu. Dia turut mengakui itu satu kesalahan apabila memandu dalam keadaan kurang sihat dan rehat.

Terdahulu, kereta Volkswagen Golf yang dipandu Ikmal hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan hingga menyebabkan keretanya berpusing sebelum terbalik.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa iaitu pemilik Perodua Myvi biru bernama Norliana Abdul Hamid turut mendedahkan keluarganya antara yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Liana menerusi laman sosial mendakwa Ikmal memandu dengan laju dan enggan bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dalam hantaran sama, Ikmal turut menjelaskan kemalangan yang berlaku bukanlah kehendak dirinya namun bersyukur kerana semua yang terlibat terselamat.

“Syukur kepada Allah. Dia lindungi kami, orang yang kami langgar, kereta Myvi biru dan Honda sekeluarga. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Saya ingin meminta maaf kepada semua yang terlibat. Bukan kehendak diri ini. Saya bukan juga nak cakap saya tidak bersalah.

“Tetapi tidak perlu keruhkan keadaan. Duit boleh dicari, nyawa tiada ganti. Jika betul saya bersalah, pihak berwajib sahaja berhak untuk selesaikan,” katanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ikmalamry

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply