ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak jadi terjun jejambat Rawang Bypass setelah dipujuk bekas isteri

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita berjaya memujuk bekas suaminya yang mahu terjun dari jejambat Rawang Bypass pada ketinggian kira-kira 100 meter semalam. Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Jelasnya, lelaki berusia 50 tahun itu didapati sedang berdiri di atas pembahagi jalan sambil berpaut pada tiang lampu jalan ketika pasukan penyelamat tiba. Tambah beliau, pihak polis dan bomba berusaha memujuknya namun suspek enggan memberikan kerjasama dan mengugut akan terjun.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Katanya, ketika dalam proses memujuk datang seorang perempuan yang mendakwa bekas isteri suspek hadir untuk memujuk suspek dan kemudiannya berjaya dipujuk. Siasatan mendapati suspek bertindak demikian selepas menghadapi krisis rumah tangga bersama bekas isteri selepas bercerai pada Januari lalu.

Suspek yang baharu berhenti kerja sebagai pemandu peribadi dalam usaha memujuk bekas isteri untuk rujuk semula. Ia adalah perkahwinan kedua suspek selama empat tahun dan tidak dikurniakan zuriat. Suspek ditahan dan akan direman pada Sabtu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply