ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak perlu cetak, tunjuk je sijil digital vaksinasi di MySejahtera

Berita Tempatan

Views

Individu yang lengkap menerima vaksin COVID-19 hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi yang dipaparkan di aplikasi MySejahtera sekiranya ingin melakukan perjalanan rentas negeri dan daerah mahupun aktiviti sosial lain.

Menurut Sinar Harian, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, tiada keperluan untuk masyarakat mencetak sijil digital berkenaan kerana tindakan itu boleh mengelirukan. Katanya, mereka boleh tunjuk sijil digital di MySejahtera ketika ini tanpa perlu mencetaknya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Semua pihak mahu membuat perkhidmatan berbayar sedangkan tidak perlu langsung untuk mencetak. Cukup sekadar menunjukkan sijil berkenaan di telefon bimbit masing-masing kepada penguat kuasa termasuk di sekatan jalan raya (SJR).

Menurutnya, selain sijil digital, orang ramai boleh menunjukkan kad vaksinasi yang diterima selepas suntikan dibuat. Tambah beliau, masing-masing mempunyai kad itu dan beliau pernah jumpa rakyat yang ‘lamina’ kad berkenaan untuk disimpan seperti MyKad.

Itu juga sebagai bukti sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri dan sebagainya. Mereka hanya perlu mengguna kad yang diberikan dan bukannya yang dicipta atau dijual. Setakat ini, hanya itu sahaja kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mengulas mengenai penjualan sijil digital, Noor Azmi berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis akan menjalankan siasatan terhadap penjualan sijil digital vaksinasi palsu tersebut termasuk di platform e-dagang.

Katanya, Unit Inspektorat dan Perundangan KKM akan membuat siasatan terhadap kegiatan berkenaan yang boleh dianggap sebagai satu penipuan. Pihaknya ada menerima satu kes dan laporan polis dibuat di Kedah. Unit berkenaan akan melakukan siasatan akan kesahihan perkara ini dan tindakan selanjutnya yang akan diambil.

Tambah beliau lagi, tindakan itu boleh membuatkan orang menipu mengatakan mereka telah lengkap menerima dua dos. KKM tidak membuat perolehan kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad vaksinasi untuk ditunjukkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit trdi.my

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply