ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak puas hati kereta dipotong punca lelaki mengamuk

Berita Tempatan

Views

Baharu sahaja tadi kami ada menyiarkan rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memukul seorang pengguna jalan raya dengan sebatang besi di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu, Pasir Mas jam 4.46 petang tadi. Menurut Berita Harian, lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana berang kereta yang dipandunya dipotong sebuah Perodua Kancil lalu melanggar dan menghimpit kereta tersebut sehingga terbabas ke dalam parit.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata, hasil siasatan mendapati, suspek yang memandu kereta jenis Toyota Harrier itu, disyaki marah kepada mangsa yang memotong kenderaannya.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Jelas beliau, mangsa mengakui memotong kenderaan terbabit disebabkan suspek memandu sangat perlahan serta dalam keadaan ke kiri dan ke kanan. Tambahnya, sebaik sahaja mangsa memotong, suspek terus mengekori dan menghimpit sehingga kenderaan mangsa terbabas. Suspek kemudian meluru dan memukul mangsa menggunakan besi sehingga menyebabkan kecederaan.

Kata Mohamad Roy, mangsa mengalami luka sepanjang 3 sentimeter (cm) di kepala dan bengkak serta calar di lengan. Mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang. Terdahulu, video berdurasi 20 saat tular di Facebook hari ini, memaparkan seorang lelaki berbaju putih yang tidak berpuas hati memukul pemandu kereta Perodua Kancil menggunakan besi dipercayai selepas berlaku kemalangan.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Mengulas lanjut, Mohamad Roy berkata, hasil siasatan juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau. Selain itu, semakan mendapati kenderaan dinaiki suspek didaftarkan atas nama seorang pemilik wanita di Bangi.

Pemilik kenderaan sudah dihubungi dan menjelaskan bahawa kenderaan ini diberikan sambung bayar kepada sebuah syarikat kereta di Kelantan. Tambah beliau lagi, pihaknya masih mengesan suspek dan tindakan lanjut akan diambil atas kesalahan yang dilakukannya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 dan 279 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply