ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak selamat bayar parkir guna kad debit – Ahmad Maslan

Berita Tempatan

Views

Kerajaan mengakui data pengguna yang menggunakan kad debit untuk membuat pembayaran di tempat letak kereta tanpa tunai tidak selamat dan mudah untuk diakses oleh scammer.

Menurut Sinar Harian, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, data-data berkenaan boleh diakses hanya menggunakan perisian hasad (malware).

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Saya setuju apa yang disebut itu, jadi kita kena terus berhati-hati dan angka yang saya nyatakan dalam Dewan Rakyat mengenai penipuan scam untuk negara hampir 22,000 orang telah menjadi mangsa dan kerugian sekitar RM850 juta.

“Itu adalah satu angka yang tinggi dan kita harap sentiasa berhati-hati terutama menggunakan kad-kad yang boleh diakses menggunakan perisian khas terhadap akaun,” katanya dalam sidang Dewan Negara pada Isnin.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin mengetahui sama ada data pengguna kad debit selamat dan terpelihara sekiranya membuat pembayaran di tempat letak kereta tanpa tunai.

Ketika ini pembayaran tempat letak kereta tanpa tunai di beberapa lokasi memerlukan pelanggan membayar pendahuluan menggunakan kad debit sebelum menolak jumlah sebenar kadar bayaran mengikut tempoh perkhidmatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Penerangan Malaysia dan sonicboom.my

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply