ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tambah subsidi harga minyak, Thailand rancang pinjam RM2.5 bilion

Berita Global

Views

Pejabat Dana Bahan Api Thailand merancang meminjam 20 bilion baht (RM2.5 bilion) untuk menambah subsidi harga minyak negara, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

KOSMO! ONLINE melaporkan, pelan itu susulan laporan mengenai penduduk dan jabatan berbeza semakin terjejas dengan kenaikan harga minyak global.

Pejabat itu sedang mencari pinjaman daripada Bank Simpanan Kerajaan dan Bank Krungthai dengan butirannya dijangka dijelaskan akhir bulan ini.

 

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ketua Pengarah Pejabat Dana Bahan Api, Wisak Wattanasup berkata, pihaknya sedang berunding dengan kedua-dua organi­sasi tersebut bagi mendapatkan pinjaman bernilai RM2.5 bilion.

Wisak menyatakan bahawa dana itu mempunyai pelan sandaran sekiranya dua institusi kewangan tersebut tidak dapat memberikan pinjaman. Namun begitu, beliau yakin bahawa dana itu akan dapat menyelesaikan pinjaman sebelum akhir bulan ini.

Ketua Jabatan Dasar dan Strategi, Pejabat Dana Bahan Api, Ponchai Jirakunpisarn menegaskan bahawa pihaknya meminjam wang hanya mengikut keperluan dan mempertimbangkan jumlah pinjaman mengikut kemampuan untuk melaksanakan pinjaman secara praktikal.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Ponchai menjelaskan, Dana Bahan Api sudah mempunyai baki belanjawan kira-kira 13 bilion baht (RM1.6 bilion) dan mereka tidak merancang untuk menggunakan kesemua wang pinjaman serta-merta selepas mendapatkannya.

Pelan pinjaman tersebut dibuat sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya pejabat itu kehabisan bajet belanjawannya. Kerajaan Thailand telah mensubsidi harga runcit diesel sehingga 10 baht seliter (RM1.28).

Ponchai menambah, pengurangan cukai eksais diesel pada 5 baht seliter (64 sen) yang diumumkan kerajaan juga mengurangkan beban subsidi dan bajet dana.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply