Berita Harian melaporkan pengguna perkhidmatan e-panggilan bakal berdepan kenaikan kadar tambang khususnya pada waktu puncak serta tempoh menunggu lebih lama berikutan penguatkuasaan peraturan baharu perkhidmatan itu yang bermula esok.
Kekurangan pemandu e-panggilan khususnya pemandu sambilan dijangka berlaku setelah peraturan baharu Program Khas Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) mula dilaksanakan. Laman sesawang Grab telah memberi peringatan kepada pengguna mengenai situasi ini dan meminta mereka merancang perjalanan dan pilihan pengangkutan dengan baik.
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
Menerusi peraturan baharu ini, rakan pemandu Grab akan berdepan dengan proses yang ketat untuk memenuhi syarat peraturan baharu itu. Ia merangkumi pemeriksaan latar belakang, enam jam latihan memandu, ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan, pemeriksaan kereta oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan pemeriksaan kesihatan.
Selain itu, Grab juga turut memberi panduan kepada pengguna yang bakal berdepan dengan kesan peraturan ini. Mereka mencadangkan pengguna untuk merancang perjalanan dari semasa ke semasa, iaitu dengan menempah lebih awal dari biasa dan tempahan di luar waktu puncak.
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza
Waktu puncak ialah antara jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 8 malam. Laman tersebut juga menyatakan, pengguna bakal berdepan dengan kenaikan tambang secara dinamik, terutamanya ketika waktu puncak dan hujan.
Grab amat memahami kesukaran pengguna apabila berdepan dengan tambang yang tinggi tetapi ia disebabkan kekurangan pemandu di jalan raya. Mengulas mengenai kekurangan pemandu akibat tidak memperoleh lesen e-panggilan lebih awal, Grab menyatakan, proses itu hanya bermula April lalu meskipun perancangan diumumkan tahun lalu.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI