Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) hari ini memulakan eksport kumpulan pertama kenderaan Nissan pemasangan tempatan (CKD) ke Thailand buat kali pertama.
Model Nissan Serena S-Hybrid yang dipasang di kilang TCMH Serendah, Selangor itu dijangka memulakan penghantaran pada Disember 2024.
Perkembangan ini selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang akan datang pada tahun 2025. Ini menyumbang kepada kerjasama ekonomi serantau dan memajukan agenda integrasi ASEAN.
Dengan memanfaatkan perdagangan rentas sempadan, inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan ekonomi tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri automotif.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TCMH, Daniel Ho Wai Ming berkata, pencapaian ini menekankan kerjasama erat pihaknya dengan Nissan Motor Co., Ltd.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
TCMH juga amat menghargai sokongan dan bimbingan berterusan daripada Nissan, serta sokongan strategik daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Institut Automotif, Robotik dan loT Malaysia (MARii).
Pencapaian ini mencerminkan kejayaan Dasar Automotif Negara Malaysia dalam mengukuhkan keupayaan pembuatan tempatan. TCMH berbesar hati untuk mengembangkan portfolio eksport, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab automotif terkemuka di ASEAN.
Dengan mematuhi Piawaian Pengeluaran & Kualiti Global Nissan Motor Co., Ltd. yang ketat, kilang TCMH di Serendah mengekalkan piawaian yang tinggi untuk kejuruteraan ketepatan, keselamatan dan kawalan kualiti.
Piawaian yang diiktiraf di seluruh dunia ini memastikan setiap kenderaan memenuhi jangkaan tinggi Nissan dari segi kebolehpercayaan dan inovasi, menetapkan asas yang kukuh untuk kesediaan eksport kilang.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
TCMH merancang untuk mengembangkan produk eksportnya dan menjangka untuk melancarkan lebih banyak model untuk pengedaran serantau pada 2026.
Ketua Pegawai Jenama dan Pelanggan, MC-Jepun-ASEAN, Nissan Motor Co., Ltd., Asako Hoshino pula berkata, kejayaan eksport Nissan Serena ke Thailand merupakan langkah penting dalam kerjasama anta pihaknya dengan Tan Chong Motor.
Kumpulan TCMH telah menjadi pemegang francais rasmi Nissan (sebelum ini dikenali sebagai Datsun) sejak 1957. Kilang pemasangannya di Serendah mula beroperasi pada 2007 dan seterusnya menjadi kemudahan pengeluaran yang utama.
Kilang ini telah memperolehi pensijilan ISO 9001 untuk Sistem Pengurusan Kualiti dan ISO 14001 untuk Pengurusan Alam Sekitar.
Baru-baru ini, ia mengintegrasikan sistem fotovolta solar terapung berskala besar (LSSPV) untuk meningkatkan profil kemampanan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI