ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tan Chong muncul pemenang anugerah Global Nissan Aftersales Award 2020

Berita Tempatan

Views

Bahagian Selepas Jualan Tan Chong baru-baru ini telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Global Nissan Aftersales Award 2020 (GNAA). Ini merupakan kali yang ketiga mereka telah dinobatkan sebagai pengedar dan khidmat selepas jualan Nissan terbaik untuk rantau Asia dan Pasifik, sejak 2017.

Anugerah ini merupakan salah satu penghormatan paling berprestij oleh Nissan Motor Co Ltd. (NML), bertujuan untuk memotivasi dan meningkatkan kecemerlangan operasi selepas jualan dan pengalaman khidmat pelanggan di seluruh dunia.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Penghargaan diberikan kepada pengedar Nissan yang terbaik mengikut satu set standard yang merangkumi aspek alat ganti dan prestasi servis, layanan dan kepuasan pelanggan serta kualiti pengurusan perniagaan.

Menurut Ketua Selepas Jualan TCEAS, Michael Yao Tsu-Wei, pihaknya amat berbangga dengan pencapaian ini dan akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan, sekali gus memberikan kepuasan pelanggan.

Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Motor Sdn Bhd (ETCM), Christopher Tan pula berkata, anugerah ini telah menetapkan satu halatuju baharu buat syarikat.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Dalam perkembangan lain, kesemua pusat servis Nissan kini beroperasi sepenuhnya dalam Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Servis hanya dibuat secara janji temu menerusi aplikasi DriveOn, www.tceas.com, Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838 atau menghubungi pusat servis secara terus.

Pelanggan digalakkan untuk memilih pusat servis terdekat dan warnati semasa masih lagi sah, meskipun servis penyelenggaraan tidak dapat dilakukan semasa tempoh Fasa 1 dan 2.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply