ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tandas bersih dan berfungsi dengan baik, 113 stesen minyak Petron terima penarafan lima bintang

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 113 stesen minyak Petron dari lapan negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Perak, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menerima penarafan lima bintang daripada majlis tempatan negeri baru-baru ini.

Ini sekali gus menandakan kejayaan kempen “Tandas Kita Bersih” Petron yang bermatlamat untuk mengekalkan tandas yang bersih dan berfungsi.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Menurut Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron, Choong Kum Choy, penilaian ini mengiktiraf komitmen mereka terhadap kecemerlangan perkhidmatan pelanggan.

Tambahnya, matlamat Petron adalah untuk menjadikan stesen mereka hentian pit pilihan orang ramai. Petron Malaysia memulakan kempen tandas bersih di bawah program Fuel Happy untuk memastikan semua stesen minyaknya bersih, kering dan beroperasi.

Petron melancarkan program “Tandas Kita Bersih” pada 2018 dengan slogan “Jom Singgah Petron”. Program ini telah berkembang daripada sebuah kempen kepada menjadi satu sistem lengkap yang menetapkan piawaian dan garis panduan untuk semua stesen Petron.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ia dibangunkan melalui rundingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Stesen minyak Petron telah mengambil bahagian secara aktif dalam anugerah berprestij kebangsaan bagi tandas bersih di bawah KPKT.

Sepanjang beberapa tahun, beberapa stesen minyak termasuk Petron Batu Burok, Terengganu, Petron Tongkang Pecah, Johor, dan Petron Senawang 2, Negeri Sembilan telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Tandas Terbaik Kebangsaan di bawah kategori Stesen Minyak.

Program tersebut juga menyokong aspirasi Kelestarian Petron untuk mempromosikan budaya sanitasi yang baik di semua stesen minyak Petron. Ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG) 6, yang memastikan akses kepada air bersih dan sanitasi yang baik untuk semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply