ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tandas stesen minyak Petron Tongkang Pecah diiktiraf paling bersih di Malaysia

Views

Biasanya kalau anda terasa nak melepaskan hajat, tak kiralah kecil atau besar, pasti mahukan tandas yang bersih kan? Bila sebut pasal tandas stesen minyak, pasti kita akan terbayang tandas yang tak berapa nak bersih dan keadaan tandas yang menyedihkan, kadang kala kepala paip pun tak ada!

Tapi lain pula kisahnya dengan tandas stesen minyak Petron Tongkang Pecah, Batu Pahat yang telah berjaya memenangi tempat pertama Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia 2017 (Kategori Stesen Minyak) anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Ia berjaya mengetepikan dua lagi calon dalam senarai tiga teratas, Shell Jalan Lapangan Terbang KLIA yang berada ditempat kedua dan Petron Kuchai Lama ditempat ketiga.

Kawasan laman tandas dihias dengan lukisan mural dinding dan lanskapnya dijaga dengan begitu rapi. Tandasnya pula berhawa dingin serta sangat bersih dan menurut pemilik premis, Ng Chiew Fong berkata usaha pihaknya sejak mula beroperasi pada 2013 telah membuahkan hasil. Menerusi temubualnya bersama Harian Metro, beliau berkata stesen minyak miliknya meniru konsep premis sama di Filipina, dan mencontohi projek perintis syarikat Petron di Selangor.

Ia bukan sekadar persinggahan pelanggan untuk mengisi petrol dan diesel, tetapi turut menjadi ruang yang selesa untuk berehat, membersih dan menyegarkan diri sebelum memulakan semula perjalanan. Selain itu, antara kemudahan disediakan di stesen minyak berkenaan termasuklah tandas dilengkapi sistem penghawa dingin, kafe dengan harga berpatutan, ruang mengisi angin dan vakum kenderaan selain mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply