ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tawar perkhidmatan e-hailing tanpa permit – JPJ Johor sita 10 buah kenderaan

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor telah menjalankan Operasi Khas E-Hailing bagi mengesan kenderaan persendirian yang menggunakan applikasi perkhidmatan dari syarikat e-hailing (EHO – MAXIM) tanpa mempunyai e-hailing vehicle permit (eVP) dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Sebanyak sepuluh (10) buah kenderaan daripada pelbagai jenis telah ditahan dan disita di bawah Seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Pemandu yang mengendalikan dan menjalankan perkhidmatan awam tanpa permit yang sah, jika didapati bersalah boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 16(1) dan Seksyen 12A, akta yang sama dengan nilai kompaun sehingga RM500,000 atau hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun atau kedua – duanya sekali.

Operasi Khas ini diselaraskan oleh Unit Siasatan & Risikan, Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Johor yang bermula pada jam 8.00 pagi di sekitar daerah Johor Bahru itu telah melibatkan seramai 36 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai unit.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut Timbalan Pengarah JPJ Negeri Johor, Tuan Azmil Bin Zainal Adnan, tindakan penguatkuasaan ini akan dijalankan secara berterusan bagi membenteras kegiatan kenderaan persendirian yang beroperasi di negeri Johor tanpa permit yang sah atau perkhidmatan e-hailing yang tidak berdaftar.

Orang awam juga dinasihatkan agar tidak menggunakan applikasi e-hailing daripada syarikat yang tidak berdaftar kerana ianya terdedah kepada risiko dan tidak dilindungi oleh insuran.

Sumber : JPJ Negeri Johor

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply