ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tawaran istimewa Volkswagen sepanjang bulan Jun

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan tawaran istimewa yang tidak wajar dilepaskan sepanjang Jun.

Eksklusif di eShowroom

Promosi Jun menyaksikan peningkatan penjimatan sebanyak RM1,500 untuk pembelian varian Passat dan RM1,000 bagi model Tiguan Allspace Highline. Mereka yang membuat tempahan Passat Elegance dan Passat R-Line menerusi eShowroom akan menerima penjimatan eksklusif sebanyak RM5,000 di samping promosi sedia ada.

Penjimatan sebanyak RM4,500 pula ditawarkan bagi tempahan Tiguan Allspace Highline di eShowroom selain promosi sedia ada.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Pelan pembayaran selepas jualan dengan kadar faedah 0 peratus

Bermula 1 Jun, pelanggan ditawarkan dengan pelan ansuran 0 peratus tanpa faedah, ketika membayar kos servis atau pembaikan menggunakan kad kredit. Ia boleh didapati di pusat servis sah Volkswagen yang terpilih dan pelan pembayaran itu boleh dibahagikan kepada 6 atau 12 bulan, bergantung kepada bank yang dipilih. Pemilik dinasihatkan supaya bertanya kepada pengedar mengenai terma dan syaratnya secara spesifik.

Pakej Aksesori Tiguan Allspace

Pemilik Tiguan Allspace akan menikmati diskaun sebanyak 15 peratus apabila membeli pakej aksesori baharu untuk varian Highline dan R-Line.

Dengan tawaran ini, pakej aksesori Tiguan Allspace Highline ditawarkan pada harga RM1,082. Pakej aksesori tersebut merangkumi scuff plate, injak aluminium (1 set), pelindung bucu, penahan lumpur belakang (1 set), pemijak sisi dan pelapik ruang kargo.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Pakej aksesori Tiguan R-Line pula berharga RM4,464 dengan penjimatan sebanyak RM787. Pakej itu terdiri daripada pelindung bucu, pemijak sisi dan pelapik ruang kargo. Tempahan untuk membeli kit dan janji temu pemasangan boleh diuruskan dengan menghubungi pusat servis Volkswagen.

Kempen Servis Volkswagen

Berikutan maklum balas yang sangat memberangsangkan, kempen Servis Selepas Jualan telah dilanjutkan sehingga 30 Jun. Pemilik akan menikmati penjimatan sebanyak 20 peratus ke atas minyak enjin tulen, manakala mereka yang berbelanja minimum RM1,200 pula akan menerima kit penjagaan kereta secara percuma yang merangkumi pengilat wax, syampu wax, pengilat cermin, penjagaan plastik dan kulit dalam botol 50ml.

Di bawah inisiatif ‘Safe Hands’, pusat servis Volkswagen akan mengikuti garis panduan yang ketat, merangkumi penerimaan kenderaan tanpa sentuhan, penerangan kereta melalui video, sanitasi sebelum dan selepas servis, serta pembayaran tanpa tunai melalui e-invois.

Para pemilik kenderaan dinasihatkan supaya menempah slot servis mereka secara dalam talian. Mereka juga boleh memilih perkhidmatan ambil dan hantar kereta untuk diservis secara percuma tanpa perlu keluar dari rumah. Waktu operasi pengedar boleh didapati menerusi pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply