ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar Michelin Pilot Sport 4 S diperkenalkan

Views

Bertempat di Litar Sentul, Bogor, Indonesia, Michelin telah memperkenalkan tayar terbarunya MICHELIN Pilot Sport 4 S yang dicipta untuk memberikan keseronokan pemanduan maksimum untuk kereta sport dan sedan premium. Ia direka dengan teknologi yang meningkatkan keupayaan prestasi dan pengendalian yang lebih baik, jarak membrek yang lebih pendek sama ada di permukaan jalan basah atau kering, serta mengoptimumkan ketahanan untuk penggunaan lebih lama.

Untuk pasaran Malaysia, MICHELIN Pilot Sport 4 S akan menggantikan MICHELIN Pilot Super Sport yang sudah pun dikenali sebagai peneraju dalam industri tayar berprestasi tinggi. Pascal Nouvellon, Pengarah Serantau Michelin untuk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei berkata MICHELIN Pilot Sport 4 S adalah hasil pengetahuan unik yang dibangunkan oleh jurutera yang begitu komited dalam kerja mereka.

Apakah kelebihan MICHELIN Pilot Sport 4 S berbanding tayar sebelumnya?

  • High Level of Reactivity dengan rekabentuk corak bunga tayar ultra-reaktif yang mengoptimakan cengkaman.
  • Teknologi Excellent Steering Control dengan ‘Dynamic Response’ memastikan penghantaran optimum arahan stereng ke jalan raya melalui tali pinggang hibrid aramid dan nilon.
  • Teknologi Exceptional Dry Grip and Improvement of Wet Braking dengan dua-sebatian menggunakan elastomer novel hibrid di bahagian luar untuk cengkaman kering, dan campuran baharu sebatian dengan ‘elastomer berfungsi’ khusus dan silika di bahagian dalam untuk memberikan cengkaman basah yang sangat baik.
  • Kemasan Premium Touch Finish dengan kesan baldu (velvet) menghasilkan kepelbagaian kontras hitam pada dinding sisi luar, memberikan visual premium.
  • Deep Rim Protector memberikan perlindungan kepada pelbagai jenis rim.

MICHELIN Pilot Sport4 S kini dijual di Malaysia dengan pilihan saiz yang bermula dari 19 inci dan ke atas. Harga bermula dari RM1,100 dan kini mula boleh didapati di kesemua cawangan TYREPLUS dan MICHELIN seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply