ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar premium untuk kenderaan kembara, BFGoodrich Trail-Terrain T/A diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, BFGoodrich telah melancarkan BFGoodrich Trail-Terrain T/A yang merupakan tayar premiumon-road plus” dengan prestasi atas jalan raya yang cemerlang berserta keupayaan ringan untuk pemanduan di luar jalan raya.

Dengan slogan “Lives on the road, loves to get away”, tayar ini dirumus dengan ciri ketahanan yang tinggi, sesuai dalam semua musim, dan direka untuk mengharungi pelbagai jenis cuaca dan kondisi jalan.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart, tayar ini bersedia untuk melengkapi ‘trend DIY’ dan pengembaraan para pemilik kenderaan utiliti silang (CUV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak ringan dengan pacuan semua roda (AWD).

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Tambah beliau, tayar ini turut mengetengahkan aspek kebebasan dan versatiliti jentera CUV, SUV, dan trak ringan berpacuan semua roda, menjadikannya tayar yang sempurna dan yang tiba tepat pada waktunya.

Tayar BFGoodrich Trail-Terrain T/A mempunyai 3 kelebihan utama, iaitu:

Berketahanan tinggi (Built to Last)

Reka bentuk permukaan tayarnya yang dioptimumkan di mana Alur Mengunci 3D tayar ini membekalkan kestabilan blok bunga tayar yang tinggi untuk menjamin kehausan yang sekata.

Ini menjadikan hayat bunga tayar lebih panjang, di samping pemanduan yang lebih senyap dan menyelesakan. Tayar ini juga ditawarkan dengan waranti pengeluar selama 6 tahun.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Sesuai untuk semua keadaan (Equipped for All Conditions)

Tayar ini mampu mengharungi cuaca salji yang ekstrem, hadir dengan penarafan ‘three-peak mountain snowflake’ (3PMSF) yang masih dapat membekalkan cengkaman walaupun paras merkurinya telah lama menyusut. Ia disebabkan oleh kejuruteraan Alur Mengunci 3D yang membekalkan kuasa dan cengkaman luar basa sepanjang hayat tayar.

Direka untuk meneroka (Engineered to Explore)

Tayar ini mempunyai ciri rintang serpihan dan kesan koyak yang berpotensi diakibatkan oleh pemanduan yang sesekali dibuat di atas jalan berbatu, berserta reka bentuk Bahu Bergerigi yang dioptimumkan untuk cengkaman tanah lembut dalam situasi kegunaan ringan di luar jalan raya tanpa berkompromi dengan bunyi hingar jalan raya.

Tayar BFGoodrich Trail-Terrain T/A baharu didatangkan dalam 41 saiz tayar (23 bertaraf-T, dan 18 bertaraf-H) yang mencakupi semua pemasangan peralatan original (OE) yang utama bagi CUV, SUV, serta trak ringan. Ia boleh didapati di pengedar sah Michelin yang terpilih di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply