ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar trak Michelin X Multi T2 dilancarkan – Jangka hayat lebih panjang, ringan dan tahan lasak

Berita Tempatan

Views

Michelin baru-baru ini telah melancarkan tayar trak terbaharunya, Michelin X Multi T2 yang disasarkan kepada syarikat yang membekalkan perkhidmatan pengangkutan barangan bagi menaik taraf keselamatan serta mengoptimumkan kos dan produktiviti.

Tayar ini mempunyai jangka hayat yang panjang, sekali gus meminimumkan kadar penggantiannya, malah ia juga lebih ringan kerana pengurangan dalam jumlah bahan yang digunakan serta menjadikannya lebih mesra alam.

Michelin X Multi T2 telah memperkukuhkan lapisan ‘crown plies’ yang meningkatkan daya tahan tayar tersebut sebanyak 26 peratus terhadap pelbagai jenis bahaya yang terdapat di atas jalan raya.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Teknologi Michelin Regenion turut membekalkan kos perbatuan yang lebih rendah, jangka hayat yang lebih panjang, iaitu sebanyak 15 peratus, serta cengkaman yang lebih baik dalam apa jua cuaca.

Dengan reka bentuk bunga tayar yang baharu, Michelin X Multi T2 kini mempunyai ciri ketegaran yang lebih tinggi ketika membelok, dengan penambahbaikan sebanyak 10 peratus dari segi kestabilan.

Akhir sekali, formulasi campuran getah baharu yang digunakan dalam tayar ini menawarkan penambahbaikan sebanyak 10 peratus dari segi perlindungan terhadap penggunaan yang agresif.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Bahan baharu ini mampu mengurangkan kerosakan, selain membolehkan tayar tersebut untuk dicelup (retreading) dengan lebih baik dan meningkatkan jumlah perbatuan dengan meminumkan kesan kehausan yang tidak sekata pada bunga tayar.

Bersifat mesra alam serta lebih lasak, tayar ini menggunakan jumlah bahan yang lebih rendah. Justeru, beratnya dapat dikurangkan sebanyak 1.7 kilogram berbanding produk terdahulu. Ia turut menawarkan kecekapan tenaga yang lebih tinggi di samping mengurangkan emisi CO2.

Pengarah Komersial B2B Michelin Malaysia, Timothy Mitchell berkata, tayar baharu ini merupakan solusi yang ideal bagi para pelanggan mereka, ia menjamin keselamatan pemandu dan barangan yang diangkut, selain mengoptimumkan kos dan produktiviti.

Tayar Michelin X Multi T2 kini boleh didapati dalam dimensi 11R22.5 di semua pusat pengedaran tayar trak dan treler Michelin yang bertauliah di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply