ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar treler tercabut dan terpelanting, peniaga air buah maut

Berita Tempatan

Views

Gara-gara sebiji tayar lori treler tercabut dan terpelanting ke tepi jalan, seorang remaja lelaki yang sedang menjual air buah di tepi jalan maut di Kampung Merang, di Setiu, petang semalam.

Menurut KOSMO! ONLINE, dalam kejadian pada pukul 5.05 petang itu, mangsa, Muhamad Airiel Rizman Mohamad Nazeri, 18, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian dada.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Rakannya, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd. Zainani, 22, yang turut menjual air buah bersama-sama pula patah tangan kanan dan luka di mulutnya akibat terkena tayar sama.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Husin berkata, sewaktu kejadian, lori treler yang dipandu lelaki berusia 37 tahun tersebut dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Telaga Papan, di sini.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Sebaik tiba di lokasi kejadian, salah sebiji tayar belakang lori treler berkenaan tiba-tiba tercabut lalu terpelanting terkena kedua-dua mangsa yang berniaga di tepi jalan.

Tambahnya, mayat Muhamad Airiel Rizman telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut.

Afandi berkata, Nik Muhammad Afiq Rizani yang cedera pula dihantar ke unit kecemasan hospital sama bagi menerima rawatan. Tambah beliau, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply