Aplikasi penyelesaian e-pembayaran pembelian bahan api menerusi telefon mudah alih pertama di Malaysia, Setel telah memperkenalkan pilihan penebusan minyak melalui mata ganjaran Mesra. Dengan ciri baharu ini, ia sekaligus meningkatkan pengalaman dan keselesaan pelanggan di stesen PETRONAS.
Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin berkata, ciri baharu ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Setel sebagai penyedia pengalaman peruncitan digital yang mudah. Pembayaran untuk bahan api serta penebusan manfaat mata ganjaran tidak pernah semudah ini.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu
Untuk menebus mata ganjaran Mesra, pelanggan perlu memautkan (link) dan mengaktifkan kad Mesra mereka di aplikasi Setel. Pelanggan boleh menebus RM1 untuk setiap 100 mata ganjaran yang akan ditambah kepada baki dompet Setel. Nilai kredit ini boleh digunakan untuk membeli bahan api dengan serta-merta.
Selain itu, pelanggan juga diberi pilihan untuk menetapkan mata ganjaran yang ingin ditukarkan kepada kredit untuk menebus bahan api pada bila-bila masa di stesen PETRONAS. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, integrasi Setel dan Mesra pada satu platform merupakan pencapaian besar bagi PETRONAS dan membolehkan pelanggan untuk Move Like Never Before.
JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
Tambahnya lagi, ciri-ciri baharu seperti ini menawarkan pembayaran bahan api serta penebusan mata ganjaran kesetiaan yang paling mudah dalam industri peruncitan bahan api. Pelanggan PETRONAS yang juga merupakan ahli Mesra akan menerima 3 mata ganjaran bagi setiap liter bahan api yang dibeli. Ia merupakan kadar pertukaran yang tertinggi untuk program kesetiaan bahan api di Malaysia.
Sebagai contoh, pembelian 50 liter (RM2.08/liter) bahan api akan memberikan 150 mata ganjaran Mesra, yang boleh ditukarkan kepada bahan api bernilai RM1.50. Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma daripada iOS dan Android melalui Apple Store dan Google Play. Setel kini boleh digunakan di 277 stesen PETRONAS di Lembah Klang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
KOMEN TERKINI