ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tegur pemandu lain tak bagi signal punca lelaki ini cedera dibelasah

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki patah tujuh gigi serta cedera di kepala dan tangan selepas dibelasah akibat menegur pemandu lain di lampu isyarat dalam kejadian di Jalan Kolam, dekat Kota Kinabalu, kelmarin. Menurut Harian Metro, dalam kejadian 10 malam itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu Honda S660 dikatakan berselisih dengan Perodua Alza.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Bagaimanapun, ketika berada di lampu isyarat, mangsa dikatakan menegur pemandu kenderaan bersebelahan kerana tidak memberikan isyarat untuk masuk ke lorong laju. Akibat daripada kejadian itu, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga pemandu Perodua Alza terbabit dikatakan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan batang besi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mengikut laporan yang diterima, suspek turut dikatakan memukul mangsa di kepala dan tangan menggunakan batang besi berkenaan. Katanya, suspek kemudiannya masuk semula ke dalam kenderaannya dan terus meninggalkan lokasi kejadian.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Mangsa yang cedera kemudiannya dibantu orang awam untuk keluar dari kenderaan. Mangsa kemudiannya menghubungi ahli keluarga sebelum dibawa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran. Setakat ini, suspek berusia 36 tahun itu sudah dikenalpasti dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply