ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempah GoCar lebih awal, ‘tak kalut’ nak balik Raya nanti!

Berita Tempatan

Views

Dengan negara mula beralih ke fasa endemik COVID-19, pasti ramai yang sudah merancang untuk pulang ke kampung atau mengambil cuti singkat sepanjang musim perayaan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Mereka yang tidak mempunyai kereta dan masih bimbang untuk menaiki pengangkutan awam boleh lebih tenang dengan satu alternatif mobiliti peribadi menerusi GoCar Malaysia.

Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan melalui promosi Raya GoCar untuk menikmati lebih banyak penjimatan.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Ditawarkan ke atas GoCar Round Trips, pelanggan yang membuat tempahan selama dua hari dan menggunakan kod promo “GETRAYAREADY” sepanjang tempoh kempen akan menikmati penggunaan percuma untuk satu hari lagi.

Bukan itu sahaja, 50 pelanggan pertama yang membuat tempahan juga akan menerima sekaki payung GoCar yang eksklusif secara percuma.

Lebih menarik lagi, GoCar Round Trips hadir dengan perbatuan tanpa had dan terbuka kepada semua pemandu yang mempunyai lesen memandu Malaysia atau antarabangsa yang sah, termasuklah lesen P.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Kod promo yang hanya sah digunakan sekali bermula 1 April hingga 10 Mei 2022, tetapi pelanggan boleh melakukan perjalanan sehingga 30 Jun 2022.

Mereka yang berminat digalakkan supaya membuat tempahan GoCar lebih awal sebelum Raya bagi mengelakkan daripada kecewa dan tiada kereta untuk dipandu.

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pihaknya berharap kempen ini akan dapat membantu pelanggan untuk bersedia meraikan musim perayaan kali ini.

Untuk menempah GoCar Share Round Trip dan menggunakan kod “GETRAYAREADY”, muat turun aplikasi mudah alih GoCar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply