ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempah Hyundai Elantra baharu sekarang dan dapat kereta sebelum Hari Raya!

Views

Nak balik kampung sambil melaram dengan kereta baharu sempena nak menyambut Hari Raya? Apa kata tempah Hyundai Elantra serba baharu sekarang dan anda akan mendapat kereta baharu sebelum Hari Raya. Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini membuka tempahan Hyundai Elantra serba baharu yang bakal dilancarkan dalam bulan ini dan ia akan ditawarkan dengan pilihan tiga varian – 1.6 Turbo Sport, 2.0 MPI Dynamic dan 2.0 MPI Executive.

Berikut adalah anggaran harga bagi tiga varian tersebut:

1.6 Turbo Sport (RM135,000)
2.0 MPI Executive (RM120,000)
2.0 MPI Dynamic (RM125,000)

Elantra 2.0L MPI Executive dan 2.0L MPI Dynamic dikuasakan oleh enjin Nu 2.0L MPI empat silinder yang berkuasa 152 PS pada 6,200 rpm dan 192Nm daya kilas pada 4,000rpm. Elantra 1.6L Turbo Sport pula dikuasakan oleh enjin Gamma 1.6 Turbo GDI (T-GDI) empat silinder yang berkuasa 204 PS pada 6,000 rpm dan 265Nm daya kilas pada 1,500-4,500 rpm.

Apa yang menarik mengenai Hyundai Elantra baharu?

  • Elantra baharu membawa konsep Fluidic Design 2.0.
  • Enjin baharu yang sangat berkuasa, penggunaan Keluli Berkekuatan Tinggi Termaju (Advanced High-strength Steel), Peranti Pengancing Kecemasan, Smart Trunk bebas-tangan dan pelbagai lagi ciri menarik yang akan diumumkan semasa pelancaran.
  • Di Amerika Syarikat, Elantra telah berjaya memenangi anugerah 2016 International Design Award (IDEA®) dalam kategori Automotif dan Pengangkutan 2016.
  • Elantra turut memenangi anugerah Disiplin Produk di iF Design Award 2016 di bawah kategori Automobil/Kenderaan/Motosikal.
  • Mendapat pengiktirafan 5-bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP) dengan pungutan markah keseluruhan 35.01 mata dari 37 mata selain mendapat markah penuh dalam ujian kemalangan impak-sisi dan ujian perlanggaran tiang.

Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, sila ke bilik pameran Hyundai terdekat atau hubungi Talian KhidmatPelanggan Hyundai di 1-300-13-2000 sekarang!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply