ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan CR-V facelift kini melebihi 1,700 unit

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan tempahan CR-V facelift telah mencatatkan peningkatan 180 peratus dalam tempoh sebulan sejak ia diperkenalkan pada November lalu. Setakat ini, tempahan model tersebut telah melebihi 1,700 unit.

CR-V facelift ditawarkan dengan tiga pilihan 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD dan 1.5L TC-P 4WD. Varian 1.5L TC-P 2WD merupakan yang paling popular dengan menyumbangan sebanyak 46 peratus dari tempahan keseluruhan.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Mengikut data, kawasan Tengah menjadi penyumbang tempahan terbanyak dengan 45 peratus, diikuti dengan kawasan Selatan dan Utara yang menyumbang sebanyak 20 peratus dan 19 peratus dari jumlah tempahan keseluruhan. Warna Dark Olive Metallic pula menjadi pilihan ramai dengan 30 peratus dari jumlah tempahan.

Setakat ini, lebih dari 1,300 unit CR-V facelift diserahkan kepada pemiliknya mengikut masa yang ditetapkan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama berkata, pelancaran model ini telah berjaya memenuhi kehendak dengan pakej yang lengkap, terdiri daripada Honda SENSING, Honda LaneWatch, sistem pacuan empat roda serta ruang kabin yang luas dan selesa.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Tambahnya, pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia yang berlangsung sehingga 31 Disember ini turut memberikan peluang kepada pelanggan untuk membeli kenderaan Honda. Selain itu, Honda Malaysia ingin menegaskan bahawa kesihatan dan keselamatan pelanggan dan para pekerjanya tetap menjadi keutamaan dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

CR-V facelift masih mengekalkan enjin 1.5L VTEC PengecasTurbo yang mampu menjana kuasa dan daya kilas sehingga 193PS dan 243Nm. Varian tertinggi CR-V facelift kini digandingkan dengan sistem 4WD yang memberikan prestasi pemanduan lebih baik dan memaksimumkan penjimatan bahan api. Model ini juga turut menerima pengiktirafan lima bintang daripada ASEAN NCAP.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply