ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Edisi Terhad Toyota Hilux 2.4G kini dibuka

Views

Trak pikap paling popular di Malaysia, Toyota Hilux bakal tampil dengan satu varian baharu Edisi Terhad 2.4G dengan transmisi automatik. UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mengumumkan tempahan bagi model tersebut kini dibuka dan harga jualannya pula adalah RM126,000 serta dilengkapi dengan Aksesori Tulen Toyota.

Sejak pengenalannya pada bulai Mei 2016, generasi baharu Hilux telah terjual sebanyak 18,000 unit seluruh negara. Lebih 200,000 unit Hilux dari generasi terawal telah terjual di Malaysia sejak mula dilancarkan pada 2005.  Hilux juga menjadi salah satu model terlaris UMW Toyota Motor sejak 10 tahun yang lalu.

Generasi baharu Hilux dilengkapi enjin diesel 2.8-liter dan 2.4 liter yang memberikan daya kilas rendah lebih kuat, pecutan yang lebih responsif, tahan lasak dan lebih menjimatkan bahan api. Kesemua penjana kuasa ini digandingkan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau transmisi automatik kawalan-elektronik.

Varian Edisi Terhad ini juga diberi waranti selama lima-tahun atau 50,000 km, yang mana terdahulu dan ia boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya sekiranya tempoh waranti masih sah. UMWT juga turut mengumumkan pengenalan varian Hilux 2.4G STD 2017 (manual dan automatik) dengan tanda harga lebih rendah bermula dari RM108,500.

Edisi Terhad Hilux 2.4G AT akan berada di bilik pameran mulai 7  Februari 2017. Pelanggan boleh berkunung ke mana mana bilik pameran berhampiran atau melayari laman sesawang Toyota Malaysia di www.toyota.com.my atau terus menghubungi talian bebas tol Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

Hilux LE Grill Hilux LE Rear Lamp Hilux LE Roof Top Hilux Limited Edition

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply