Model terlaris dari Honda Malaysia, City sekali lagi bakal menawan hati peminatnya dan tempahan untuk model facelift terbaharunya kini telah pun dibuka. Peneraju dalam kategori segmen-B ini telah pun terjual sebanyak 100,000 unit sejak ia mula diperkenalkan pada Mac 2014. City facelift menerima penjana kuasa 1.5L i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT dengan teknologi Honda Earth Dreams untuk kesemua varian, sekaligus menjadikan prestasi pemanduan yang terbaik dan kecekapan bahan api.
Antara ciri ciri menarik City facelift adalah rim aloi dua tona baharu, serta rekabentuk bumpar dan jeriji baharu. Untuk varian V, ia dilengkapi dengan lampu hadapan LED beserta lampu nyalaan siang LED (DRL) dan lampu kabus hadapan LED. Di bahagian belakangnya pula, ia dipasang dengan spoiler Ekor Itik (Duck Tail) yang disepadukan bersama lampu brek LED, lampu belakang LED dan kamera undur pelbagai sudut.
Ruang kargonya masih kekal sebagai yang terbesar dalam kelasnya dengan kapasiti 536 liter. Selain itu, City facelift turut dilengkapi dengan butang tekan mula dan kemasukan pintar untuk memberi lebih kemudahan kepada pemiliknya. Dari segi keselamatan, City facelift dilengkapi dengan Sistem Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan sistem Isyarat Henti Kecemasan (ESS)sebagai ciri standard untuk semua varian. Untuk varian V ia dilengkapi dengan enam beg udara.
City facelift bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini dan tempahan boleh dibuat mulai sekarang di mana mana pusat jualan Honda bertauliah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian bebeas tol Honda di 1-800-88-2020, atau layari laman sesawang www.honda.com.my.
KLIK UNTUK BESARKAN
Abis la vios… Tergugat la persona…
macam salah je tajuk..civic ke city?
civic boleh city pun boleh.aduhai…
Haha!