ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Honda CR-V facelift kini dibuka!

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah mula membuka tempahan bagi model CR-V facelift di semua 101 cawangan pengedarnya seluruh negara. Sejak ia dilancarkan pada 2017, lebih dari 36,000 unit model generasi kelimanya telah berada di jalan raya Malaysia. CR-V telah menyumbang sebanyak 19 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan dalam kategori SUV Bukan-Nasional, menjadikannya salah satu model popular dan paling diminati di pasaran.

Pengenalan versi facelift ini dijangka akan dibuat pada suku keempat 2020 dan menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama, pihaknya yakin model facelift ini nanti bukan sahaja akan meneruskan kecemerlangannya, malah turut mengekalkan posisi teratasnya sebagai SUV Bukan-Nasional nombor satu di Malaysia.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang mampu menghasilkan output kuasa sehingga 193PS dan 243Nm daya kilas, sekali gus menjadikanya lebih berkuasa dari model yang dijana oleh enjin 2.4L. Dari luaran, ia kini tampil dengan gaya yang lebih moden dan canggih dengan jeriji hitam serba baharu yang digabungkan bersama lampu depan jenis LED.

Rekaan bampar depan kini menampilkan garis krom berbentuk sayap manakala rekaan belakang pula dihiasi dengan kemasan krom gelap dan lampu belakang yang digelapkan sedikit. Bampar belakangnya juga dibersi sentuhan kemasan krom berbentuk sayap dan corong ekzos baharu. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 18-inci rekaan baharu dengan kemasan dwitona.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

CR-V facelift dilengkapi dengan ciri baharu, Pintu Belakang Kuasa Bebas Tangan yang hanya perlu dibuka dan ditutup dengan hanya menghulurkan kaki di bawah bampar belakang. Ia sudah pastinya memudahkan pemilik untuk menyimpan dan mengeluarkan barangan mereka. Dari segi keselamatan CR-V facelift dilengkapi dengan Honda SENSING yang merangkumi lapan ciri berikut:

1. Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
2. Ikut Halaju Rendah (LSF)
3. Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
4. Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
5. Amaran Keluar Lorong (LDW)
6. Hindar Terbabas (RDM)
7. Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
8. Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu Honda LaneWatch kini didatangkan sebagai ciri keselamatan standard untuk model CR-V facelift. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply