ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Hyundai Ioniq 5 kini dibuka, bakal dilancarkan tak lama lagi

Berita Tempatan

Views

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka tempahan model kenderaan elektrik (EV) Hyundai Ioniq 5, sekali gus mengesahkan yang ia bakal dilancarkan ke pasaran dalam masa yang terdekat.

Menurut maklumat dari laman sesawang rasmi mereka, ada tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Gravity Gold Matte, Shooting Star Gray Matte dan Lucid Blue Pearl.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Ruang dalamannya ditawarkan dengan tiga pilihan dwirona iaitu Black Two Tone, Dark Green Two Tone dan Gray Two Tone. Hyundai Ioniq 5 akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian dan dua kapasiti bateri berbeza, iaitu:

  • Ioniq 5 Lite 58 kWH
  • Ioniq 5 Plus 58 kWH
  • Ioniq 5 Max 72 kWH

Ioniq 5 merupakan EV kedua Hyundai yang ditawarkan ke pasaran Malaysia selepas Kona Electric pada tahun lalu.

Menurut Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan, lebih banyak lagi kenderaan elektrik Hyundai akan diperkenalkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ioniq 5 adalah kenderaan pertama yang dibangunkan dari Pelantar Modular Elektrik-Global Hyundai (E-GMP) yang mampu bergerak sejauh 481 kilometer dan kelajuan maksima mencecah 185 km/j.

Tempahan boleh dibuat dengan yuran sebanyak RM1,000 dan mereka yang berminat boleh berbuat demikian di mana-mana rangkaian pengedar rasmi Hyundai seluruh negara.

Selain itu, mereka juga boleh membuat tempahan secara dalam talian menerusi pautan Click to Buy. Untuk maklumat lanjut hubungi talian khidmat pelanggan Hyundai di 1300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply