ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Lexus UX200 dibuka

Berita Tempatan

Views

Nampaknya kami terlepas pandang mengenai berita ini. Lexus Malaysia telah membuka tempahan model SUV kompak Lexus UX 200 serba baharu bermula sejak 17 Februari 2020. Dari segi reka bentuk, Lexus UX 200 menggabungkan sifat dan versatili sebuah SUV dengan gaya anggun dan elegan sebuah hatchback.

Lexus UX 200 ditawarkan dalam tiga varian iaitu UX 200 Urban, UX 200 Luxury dan UX 200 F Sport. Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia Encik Akio Takeyama berkata, model baharu ini merupakan hasil kejuruteraan kreatif dari Lexus yang dierajui oleh Ketua Jurutera wanita.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Reka bentuknya menampilkan pelbagai elemen Jepun, antaranya Engawa (seni bina tradisional) dan kemasan upholsteri dengan teknik sulaman Sashiko. Selain itu ia merupakan model pertama dari Lexus yang menawarkan kemasan bijian yang diilhamkan dari kertas bijian Jepun, iaitu Washi.

Model ini dijana oleh enjin petrol NA 2.0 liter Dynamic Force yang digandingkan bersama transmisi automatik 10-kelajuan Direct Shift CVT yang mampu menghasilkan 169 kuasa kuda pada 6,600 rpm dan 205 Nm daya kilas pada 4,800 rpm. UX 200 dilengkapi dengan ciri-ciri tahap tinggi seperti pintu belakang berkuasa dengan fungsi tendang-buka, pengecas nirwayar, cermin pandangan-panorama selain sistem keselamatan terkini Lexus Safety System + (LSS+).

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) oleh Lexus Malaysia ini didatangkan dengan waranti komprehensif lima tahun tanpa had perbatuan. Iia turut meliputi sokongan selepas jualan yang terdapat di tujuh lokasi di seluruh Malaysia, di mana para juruteknik profesional dan terlatih dari Lexus, sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan.

Berikut adalah senarai varian dan harga model Lexus UX 200:

  • Lexus UX 200 Urban – RM243,888.00
  • Lexus UX 200 Luxury – RM283,888.00
  • Lexus UX 200 F-Sport – RM299,888.00

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply