ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Mitsubishi Xpander kini dibuka! Ini info pantas yang wajib anda tahu

Berita Tempatan

Views
NEW XPANDER - Book Yours Today

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini secara rasminya mendedahkan spesifikasi penuh Mitsubishi Xpander yang bakal dilancarkan secara rasmi November nanti. Serentak dengan itu, tempahan bagi model MPV tujuh-tempat duduk ini dibuka.

Hanya satu varian ditawarkan untuk model yang dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang ini dan harga dikhabarkan berada di bawah RM100K. Model ini didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu merah, hitam, putih dan perak dan jaminan lima-tahun tanpa had pebatuan. Bagi mereka yang meminati MPV dengan gaya crossover ini, kami senaraikan beberapa info pantas mengenainya.

Enjin

Mitsubishi Xpander dijana oleh enjin 1.5 liter MIVEC yang mampu menghasilkan 105 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm daya kilas pada 4,000 rpm. Ia digandingkan pula dengan transmisi automatik empat-kelajuan yang memberikan prestasi yang optimum dan kecekapan bahan api.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Gaya rekabentuk yang sporty ala crossover

Dari segi reka bentuk, Mitsubishi Xpander menampilkan gaya ala crossover dengan jeriji Dynamic Shield yang mula diperkenalkan pada model trak pikap, Triton. Rekaan lampu depan model ini agak unik kerana lampu utamanya berada di bahagian bampar yang menggunakan jenis Bi-LED, manakala lampu siang LED (DRL) berada di atas dengan reka bentuk yang tirus.

Lampu belakangnya juga menarik dengan menampilkan jejalur pencahayaan iluminasi LED, selain bampar belakang gaya lasak dengan kemasan keluli di tengah serta rim aloi bersaiz 16-inci dengan kemasan dwitona.

Dimensi

Dari segi dimensi, Mitsubishi Xpander mempunyai ukuran 1,730 mm tinggi, 4,475 mm panjang, 1,750 mm lebar dan jarak antara gandarnya pula ialah 2,775mm. Ia menjadikan ruang kabinnya lebih lapang serta ruang kaki yang selesa buat semua penumpang. Xpander juga kelihatan agak tinggi dengan jarak lega tanah 205 mm.

Praktikaliti sebuah MPV

Sepertimana sebuah MPV, Mitsubishi Xpander mempunyai kerusi baris kedua dan ketiga yang boleh dilipat sehingga rata bagi membolehkan pemilik membawa lebih banyak muatan. Ruang kabin model ini mempunyai beberapa kompartmen tersembunyi seperti di bawah kerusi depan, kotak penyimpanan di bawah kerusi, ruang poket sisi di tempat duduk baris ketiga bersama pemegang botol serta beberapa ruang storan kecil di belakang.

Ciri keselesaan

Mitsubishi Xpander dilengkapi dengan corong pendingin hawa pada bahagian bumbung bagi menghembuskan udara nyaman pada penumpang yang duduk di baris kedua dan ketiga. Kemasan pada papan pemukanya pula menampilkan permainan dwitona, hitam dan corak gentian karbon.

Selain itu ia dilengkapi dengan paparan unit infohiburan bersaiz 9-inci yang menyokong Apple CarPlay dan juga Android Auto. Kelompok meternya pula menggunakan jenis analog dengan paparan info bersaiz 4.2-inci. Tingkap kuasa model MPV ini pula hanya perlu diaktifkan dengan satu sentuhan sahaja.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Ciri keselamatan

Dari segi keselamatan Mitsubishi Xpander dilengkapi dengan dua beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan banyak lagi.

Pakej Pengedar Sah MMM

Bagi memberi lebih nilai, MMM memperkenalkan pakej pengedar sah yang terdiri daripada Pemantauan Keliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) dan tempat duduk dibalut kemasan kulit berwarna hitam.

Bagi mereka yang ingin melihat Mitsubishi Xpander ini secara lebih dekat, MMM akan mengadakan sesi jerayawara ke beberapa lokasi terpilih seperti berikut:

TARIKHTEMPATMASA
23-25 OktoberToppen Mall, Johor Bahru, Johor10am-10pm
29 Oktober-1 NovemberIpoh Parade, Perak10am-10pm

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply