ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Perodua Axia 2023 (D74A) mula dibuka esok?

Berita Tempatan

Views

Ini informasi terbaharu yang kami terima dari ejen perisik Mat Bond. Menurutnya, ada ura-ura mengatakan, tempahan model baharu pertama Perodua tahun 2023, Axia 2023 (D74A) akan dibuka mulai esok.

Tambah Mat Bond, unit pengeluaran Axia 2023 (D74A) pada ketika ini sedang ‘rancak’ dipasang di Rawang. Unit pengeluaran terawal dijangka akan mula dihantar ke bilik pameran di Malaysia Timur (Sabah, Sarawak dan Labuan) pada minggu ini.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Untuk Semenanjung Malaysia pula, ia dijangka mula dihantar secara berperingkat seawal minggu hadapan. Dalam artikel terdahulu Mat Bond berkata, Perodua bakal melancarkan Axia 2023 (D74A) pada 14 Februari nanti.

Model hatchback kompak segmen-A ini akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Kesemua varian akan dilengkapi dengan transmisi D-CVT yang kini digunakan pada model Myvi faceliftAtiva dan Alza generasi baharu.

Axia 2023 (D74A) akan dijana oleh enjin aspirasi alami (NA) versi baharu yang menerima talaan semula, namun masih mengekalkan kapasiti enjin dan juga kod lamanya, iaitu 1.0 liter 1KR-VE VVT-i.

Varian AV akan dilengkapi dengan enam beg udara dan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0) yang merangkumi ciri-ciri seperti Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Belakang (RCTA), namun tanpa ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply