ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Berita Tempatan

Views

Perodua membuka tahun baharu dengan memperkenalkan model Bezza 2020 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Empat varian ditawarkan, 1.0 G MT, 1.0 G AT, 1.3 X AT dan 1.3 V AV, berharga dari RM34,580 hingga RM49,980 (harga atas jalan tanpa insuran di Semenanjung Malaysia).

Bermula hari ini, tempahan Bezza 2020 mula dibuka di kesemua 186 pusat jualannya di seluruh negara. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sedan pertama keluaran Perodua dan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia, dengan rekaan luaran yang direka sepenuhnya oleh anak tempatan ini terbukti popular di kalangan rakyat Malaysia, dengan jualan 184,000 unit.

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

Tambah beliau, Bezza menawarkan kecekapan bahan api, kualiti, praktikaliti, kos pemilikan rendah dan ruang dalaman yang luas di samping boleh dipercayai dan mudah dipandu. Untuk versi 2020, Bezza tampil dengan jeriji hadapan dan bampar baharu, juga lampu hadapan LED dan skirt sisi dwi-tona yang terdapat pada semua varian.

Varian X dan AV dilengkapi dengan rim aloi 15 inci manakala cermin sisi berkuasa boleh laras kini terdapat pada semua varian (boleh lipat pada AV). Perodua turut memperkenalkan dua warna luaran baharu bagi Bezza – Garnet Red (bagi varian-varian 1.3 liter sahaja) dan Granite Grey, selain empat warna sedia ada, iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.

Buat pertama kalinya, Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0 ditawarkan pada Bezza 2020 menerusi varian AV sekali gus menjadikannya sedan mampu milik yang pertama memiliki ciri tersebut. Ciri ini membantu mengurangkan risiko pelanggaran terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.



JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!

Di samping itu, varian X kini didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman yang mana sebelum ini hanya terdapat pada varian AV. Antara ciri-ciri menarik baharu Bezza 2020, ialah kombinasi meter beriluminasi putih, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci dan sensor sisi hadapan untuk varian X dan AV. Semua varian didatangkan dengan sensor undur, manakala varian AV turut dilengkapi dengan kamera undur.

Kata Datuk Zainal, Perodua berharap penambahbaikan yang telah dilakukan boleh bergabung dengan kelebihan-kelebihan yang sedia ada termasuk ruang bagasi seluas 508 liter dan kecekapan bahan api sehingga 22 km/l untuk memberikan pengalaman permotoran yang anda inginkan selama ini.

Tambah beliau, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bezza 2020, sila pusat jualan Perodua di seluruh negara. Bezza 2020 didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

PERODUA BEZZA 2020
VarianWarnaHarga
1.0 G MTIvory WhiteGlittering SilverOcean BlueSugar BrownGranite GreyRM34,580
1.0 G ATRM36,580
1.3 X ATGarnet RedRM43,980
1.3 AV ATRM49,980
Semua harga atas jalan sebelum insuran di Semenanjung Malaysia

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply